Darahsatriadotcom

Followers

Wednesday 3 April 2013

Kerana Politik, Buta Mata Hati…

Penulis seperti biasa minum pagi sementara belum sibuk dengan urusan. Selalunya masa minum, penulis berbual santai dengan rakan, tetapi tidak pada pagi itu. Betapa tidak, negara dalam keadaan cemas. Biar pun Lahad Datu jauh dari Melaka, rasa prihatin rakyat Malaysia, walau di mana saja berada tetap sama. Marah terhadap pengganas dari selatan Filipina juga tetap sama.

Tiba-tiba datang teman menghuraikan keadaan di Lahad Datu. Dia langsung tidak bimbang dan menceritakan kejadian di Lahad Datu seolah-olah mengulas drama televisyen tempatan yang kebanyakannya tidak masuk akal dan penuh adegan air mata.

Ketika jenazah wira dibawa pulang ke kampung halaman untuk dikebumikan dan mereka yang cedera bertarung untuk terus hidup, dia melihat kejadian di Lahad Datu sebagai sandiwara. Dia antara mereka yang kosong roh dan jiwa. Langsung tidak sedih terhadap kematian wira negara atau bimbang dengan tindakan ganas warga asing menceroboh tanah air.

Apa Sudah Jadi? Tian Chua Di Beri Penghormatan!

Tindakan pakatan pembangkang yang berterusan memberi penghormatan kepada Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua untuk kekal sebagai pemimpin, dilihat sebagai satu perkara yang pelik.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Noh Omar berkata, pengiktirafan yang diberikan oleh parti itu seolah-olah merestui tindakan Tian Chua yang sebelum ini menyifatkan kes pencerobohan di Lahad Datu sebagai sandiwara dan mainan politik UMNO.

Katanya, pemimpin seperti itu tidak layak untuk terus berada dalam arena politik negara, sekali gus menerajui negara yang sangat menyanjungi pengorbanan anggota keselamatan negara.

Wajib Baca : Memahami Amanah Kerajaan Sementara Ikut Perlembagaan…


Adakah jemaah Kabinet terbubar secara automatik dengar terbubarnya Parlimen? Persoalan sama, adakah barisan EXCO di negeri-negeri juga terbubar dengan terbubarnya Dewan Undangan Negeri (DUN). Persoalan ini menjadi penting dalam perkembangan semasa tanah air.

Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan negeri-negeri tidak mempunyai peruntukan khusus berkaitan pembubaran barisan jemaah Kabinet dengan terbubarnya Dewan Rakyat. Dengan kata lain, Perlembagaan tidak menyatakannya dengan terperinci.

Selepas diteliti perbincangan ketika penggubalan Perlembagaan, penulis dapati jemaah menteri juga terbubar dengan sendirinya selepas berlakunya pembubaran Parlimen – sama ada pembubaran secara automatik selepas tamat tempoh hayat Parlimen atau Parlimen dibubarkan atas permintaan Perdana Menteri dengan persetujuan Yang di-Pertuan Agong. (Hanya Dewan Rakyat yang terbubar, Dewan Negara tidak terbubar).

Tekadkan Niat Kita Untuk Keluar Mengundi...

Lagu Pilihanraya Pertama Tanah Melayu

 Undilah BARISAN NASIONAL!



 

  

Terbongkar : Mengapa PM Bubar Parlimen Hari Rabu?


Pendedahan : Tegas Ulama Pondok!

Sekumpulan ulama pondok di Kelantan yang sebelum ini merupakan penyokong tegar Pas bertekad menolak keras parti tersebut selepas kepimpinan parti berkenaan gagal mempertahankan kalimah Allah.

Menurut mereka, persetujuan Pas bahawa kalimah Allah boleh digunakan oleh orang bukan Islam dalam kenyataan bersamanya dengan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada 8 Januari lalu sememangnya tidak boleh diterima. Ini kerana perkara tersebut amat berkaitan dengan usaha memelihara kesucian akidah Islam.

Kit Siang 'Liat' Berundur!

Penasihat DAP, Lim Kit Siang dianggap sebagai pemimpin paling 'liat' kerana masih bercita-cita besar untuk terus berkuasa walhal beliau sering mendesak pemimpin lain untuk berundur daripada arena politik.

Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim berkata, Kit Siang 'gila kuasa' walaupun rakan-rakan seperjuangan beliau sudah lama mengundur diri bagi memberi laluan kepada muka baru. 


Tunku Aziz berpendapat, antara punca calon bagi kerusi Parlimen Gelang Patah itu tidak mahu bersara lagi adalah kerana mahu memastikan kelangsungan politik anaknya, Lim Guan Eng kekal dominan.

Lim’s Challenge To Dr M In Gelang Patah!

DAP strongman Lim Kit Siang has challenged former Prime Minister Tun Dr Mahathir Mohamad to contest against him in Gelang Patah, Johore.

Lim threw the challenge when he learnt that Dr Mahathir had gone to Gelang Patah to give talks to the voters there upon knowing that he is going to contest the parliament seat there.

Lim and Dr Mahathir has been on a political war path some 30 years or so but they have not face-off with each other as both have different sets of influence and supporters.

Teresa Kok Buat Hal Pula!

Selepas giliran Tian Chua dan Nurul Izzah menghina pasukan keselamatan, seperti polis dan tentera, kini tiba pula giliran Teresa Kok, ahli Parlimen Seputeh menghina pasukan keselamatan yang bermati-matian mempertahankan bumi Malaysia ini daripada dicerobih orang asing.

Kalau sebelum ini Tian Chua pernah berkata insiden di Lahad Datu adalah sandiwara Umno walaupun kejadian pencerobohan itu telah mengorbankan 10 perajurit tanah air, Nurul Izzah pula menyalahkan UMNO atas insiden pencerobohan lanun Sulu di Sabah, polis tidak berfungsi, UMNO gagal mentadbir negara dan salahguna kuasa.

Giliran Teresa Kok pula berkata perajurit dan anggota keselamatan kita yang berjuang dan terkorban dalam pertempuran dengan militan Sulu di Lahad Datu telah "dimangsakan."

Anwar Sudah Tidak Berkuasa! Dimalukan Sekali Lagi...



Baru sahaja kita menyaksikan bagaimana Anwar telah tidak dihormati di Kuantan di mana calon pilihannya yang diumumkannya sendiri telah diejek ahli PKR, kini kita melihat pula bagaimana Anwar hilang kawalan dan tidak mampu membuat keputusan yang mampu memuaskan hati semua pihak di dalam Pakatan Rakyat. 

Ini dapat disaksikan dari perbalahan yang berlaku di beberapa tempat berkenaan kerusi pilihanraya.  Antara insiden terbaru ialah di Kedah apabila DAP mengugut untuk bertanding secara ‘solo’ yang mungkin membawa kepada pertandingan tiga penjuru akibat kepimpinan negeri telah membelakangkan terus parti itu. 

Sokong Setuju Atau Tak Setuju...


Benarkah Pakatan Rakyat Akan Tumbang Di PRU-13?


Dalam wawancara bersama akhbar China Press, bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin yakin Barisan Nasional akan menang majoriti yang lebih besar dalam PRU13.

Selain yakin dengan PM & BN, Tun Daim sasar BN menang majoriti lebih besar dalam PRU13.
 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...