Darahsatriadotcom

Followers

Sunday 7 July 2013

Tragedi Sebagai Pengajaran!

Rakyat Malaysia perlu mengambil pengajaran daripada pergolakan politik yang berlaku di Mesir kerana ia menunjukkan perubahan yang ingin dituntut tidak semestinya menjamin kemakmuran dan kesejahteraan, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata, perubahan politik yang tidak diuruskan dengan baik boleh mengakibatkan penderitaan kepada rakyat dan merosakkan negara seperti yang berlaku di Mesir apabila terjadi kenaikan harga barangan, peningkatan pengangguran dan industri pelancongan menjadi lumpuh.

“Akhirnya, ia membawa kepada rakyat sendiri yang menuntut kepada perubahan sekali lagi yang mana perubahan itu tidak memenuhi kehendak dan apa yang diharapkan," katanya kepada wartawan Malaysia pada sidang akhbar di Hotel Dorchester di sini semalam pada akhir lawatan kerja empat harinya ke United Kingdom.

Bila Kerajaan Difitnah!

MCA akan mengerahkan anggotanya dan penyokong Barisan Nasional (BN) untuk melawan semula kenyataan yang cuba menjatuhkan kerajaan dengan fitnah seperti yang disebar menerusi laman media sosial.

Naib Presiden MCA, Datuk Seri Chor Chee Heung berkata, penyebaran fitnah terhadap kerajaan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) menerusi laman sosial sedikit sebanyak menjadi punca kekalahan ramai calon BN.

"Pihak pembangkang telah menggunakan laman sosial pada PRU yang lepas untuk berkempen dan mereka telah mengeluarkan dakwaan yang tidak berasas terhadap kerajaan.

Bila Tun M Bersedih!

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad amat sedih dengan pergolakan politik di Mesir sehingga menyebabkan Presidennya, Mohamed Mursi digulingkan oleh tentera.

Beliau berkata, keadaan itu berlaku apabila ada pihak yang tidak memahami konsep demokrasi dan tidak dapat menerima kekalahan dalam pilihan raya yang diadakan di negara itu.

"Apabila bertanding akan ada menang dan kalah, kalau sudah kalah tetapi tidak mahu terima kekalahan kemudian timbulkan huru-hara, maka tidak ada demokrasi.

"Ini tidak faham demokrasi. Saya pernah berada di Mesir dua kali sejak kejatuhan Hosni Mobarak. Saya beritahu mereka mengenai demokrasi adalah kesanggupan untuk kita menerima kekalahan," katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Konvokesyen Kolej Teknologi YPC-iTWEB di bawah Yayasan Pendidikan Cheras (YPC) di sini hari ini.

Perwakilan Haram Dalam Dinasti Lim...

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng digesa tampil memberi penjelasan berhubung dakwaan seramai 547 perwakilan ‘haram’ telah dibawa masuk ke dalam mesyuarat pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) parti itu demi memastikan anak beranak Dinasti Lim terus kekal berkuasa sepanjang hayat.

Malah Guan Eng digesa tampil menafikan segala dakwaan berhubung penyelewengan pada pemilihan CEC termasuk jumlah perwakilan DAP yang tidak dijemput sebenarnya ialah 1,300 dan bukan setakat 753 orang.

Ketua Penerangan PPP, Datuk A.Chandrakumanan (gambar) berkata, Guan Eng harus tampil memberi penjelasan sekurang-kurangnya demi ahli akar umbi dan penyokong parti itu yang sering tertipu dengan retorik slogan ‘ketelusan’ mereka.

Lepas ISA, Sekarang Hasutan Pula!

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menyelar sikap sesetengah pihak yang mendesak supaya Akta Hasutan 1948 dimansuhkan tanpa memikirkan impak negatifnya.

Beliau menarik perhatian bahawa atas desakan pihak tertentu sebelum ini, kerajaan telah memansuhkan Ordinan Darurat 1969 dan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

"Sekarang mereka bagaimanapun (desak) nak mansuhkan Akta Hasutan juga... saya tidak fikir ada perlunya, sebab apa lagi yang kita tinggal (ada) untuk melindungi rakyat dan ketenteraman negara," katanya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...