Sememangnya adalah sesuatu yang memualkan
apabila ada pihak cuba menjadi 'wira songsang' kepada
penjenayah-penjenayah yang ditembak mati oleh Polis Diraja Malaysia
(PDRM).
Kelompok ini sama sekali tidak pernah mahu mengkaji kenapakah polis
terpaksa melakukan tindakan berkenaan dan kenapakah penjenayah tersebut
perlu dihapuskan.
Apa yang mereka tahu ialah mempersoalkan prosedur yang digunakan oleh
PDRM dalam melakukan serbuan dan bercakap berdegar-degar soal hak asasi
manusia. Berikutan itu, kenyataan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid
Abu Bakar yang mempertahankan tindakan polis dalam usaha membanteras
jenayah khususnya jenayah berat tidak ada salahnya.
"Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah sebelum menemui insan yang betul supaya apabila kita akhirnya menemui insan yang betul, kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur dengan nikmat pemberian dan hikmah di sebalik pemberian tersebut."
Saturday, 24 August 2013
Waythamoorthy Dinasihat Berhenti!
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P.
Waythamoorthy dinasihatkan supaya berhenti daripada memegang jawatan
dalam pentadbiran kerajaan sekiranya mahu memberi kenyataan berhubung
perkara di luar bidang kuasanya.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi juga mengingatkan beliau supaya tidak mencampuri urusan polis tetapi menumpukan kepada bidang kuasa sendiri iaitu menguruskan hal-hal berkaitan Barisan Bertindak Hak-hak Hindu (Hindraf).
"Saya cadang dia berhenti jadi timbalan menteri kalau nak cakap mengenai perkara luar bidang kuasanya, beliau kena faham kasut mana dipakai dan rumah mana dia duduk.
"Jangan ingat yang beliau masih pemimpin badan bukan kerajaan (NGO). Jangan campur tangan dalam kerja polis, polis kita bukan jenis yang suka-suka menembak tanpa mengenal pasti sasarannya (trigger happy)," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Pembangkang Bela Penjenayah!
Pembangkang pembela penjenayah! Itulah kesimpulan yang dibuat
beberapa penulis blog ekoran kenyataan terbuka beberapa pemimpin
pembangkang khususnya DAP yang mempersoalkan tindakan pihak polis
menembak mati lima penjenayah dalam kejadian tembak menembak di Pulau
Pinang awal minggu ini.
Blog The Flying Kick (theflyingkick.blogspot.com) misalnya, menempelak Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng yang mempersoalkan bagaimanapun pihak polis tahu bahawa kelima-lima mereka yang ditembak itu adalah anggota Gang 04.
Reaksi yang ditunjukkan oleh Lip Eng itu bukanlah sesuatu yang menghairankan, memandangkan pembelaan ke atas penjenayah merupakan inti pati utama perjuangan DAP dan pakatan pembangkang," katanya.
House PK (parpukari.blogspot.com) berkata, cara pemimpin pembangkang mempertahankan penjenayah berat amat mencurigakan.
Sebab sudah lama diperhatikan, bila ada orang awam mati ditembak (penjenayah) mereka senyap dan kata polis tak buat kerja. Tapi bila penjenayah mati (ditembak polis) saja maka akan menggelupurlah seluruh pakatan (pembangkang).

Subscribe to:
Posts (Atom)