Tindakan pihak tertentu termasuk pembangkang menimbulkan fitnah
dengan menuduh kerajaan Barisan Nasional (BN) 'mengimport' warga
Bangladesh sebagai pengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-13, 5 Mei lalu
adalah tidak berasas dan memalukan.
Perkara tersebut ditegaskan oleh Pesuruhjaya Tinggi Bangladesh ke
Malaysia, A.K.M. Atiqur Rahman yang menyangkal fitnah itu serta
menyifatkan tindakan pihak terbabit sebagai tidak bijak.
Menurutnya, pihak berkenaan terutama pembangkang sepatutnya
mengemukakan bukti dan melaporkan kepada pihak berkuasa jika benar
terdapat warga Bangladesh 'diberikan' hak untuk mengundi di negara ini.
"Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah sebelum menemui insan yang betul supaya apabila kita akhirnya menemui insan yang betul, kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur dengan nikmat pemberian dan hikmah di sebalik pemberian tersebut."
Thursday, 16 May 2013
Karier Politik Anwar Ibrahim Bakal Berakhir...
Karier politik Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri
Anwar Ibrahim sepatutnya sudah berakhir selepas kegagalan pakatan
pembangkang menawan Putrajaya dalam Pilihan Raya Umum Ke-13, 5 Mei lalu.
Bekas Setiausaha Biro Penerangan Pemuda PKR, Nordin Ahmad berkata, kejayaan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum lalu jelas menunjukkan bahawa rakyat mahukan Datuk Seri Najib Tun Razak kekal menerajui negara, sekali gus menolak Anwar sebagai Perdana Menteri.
"Sehubungan itu, wajar untuk Anwar mengambil tanggungjawab atas kekalahan pakatan pembangkang tersebut dengan mengundur diri daripada arena politik sebagaimana pernah dijanjikannya sebelum ini.

Wan Azizah Pula Diaibkan!
Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan
Ismail wajar melepaskan jawatannya pada pemilihan parti akan datang
ekoran kejayaan jentera pakatan pembangkang mempertahankan Selangor
dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) lalu selepas dipimpin oleh
Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali.
Setiausaha Politik Ahli Parlimen Ampang, Mohd. Fareez Kamal Intidzam berkata, Wan Azizah juga disaran mengakui kegagalannya di peringkat nasional dan dalam masa sama sedia mengiktiraf kepimpinan Azmin selaku Pengerusi PKR Selangor sehingga membawa kepada kejayaan tersebut.

Cukuplah Anwar...
Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim
diingatkan supaya segera membatalkan siri bantahan ekoran kekalahan
pakatan pembangkang dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) lalu kerana
jelas mencabar perkenan Yang di-Pertuan Agong.
Bekas rakan karib Anwar selama lebih 30 tahun, Datuk S. Nallakaruppan berkata, bantahan Anwar itu bertentangan dengan fasal (2)(a) Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan, yang menyaksikan Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah memberi perkenan untuk Datuk Seri Najib Tun Razak dilantik sebagai Perdana Menteri pada 6 Mei lalu.

DAP Dicabar Dan Tercabar!
Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teratai,
Jenice Lee bertindak mencabar keputusan DAP di mahkamah kerana
memecatnya dari parti itu pada 20 April lalu berikutan pemilihan
Jawatankuasa Pusat (CEC) pada Disember lepas dianggap tidak sah.
Menurut Jenice, pemimpin tertinggi DAP yang menerajui barisan CEC ketika ini tidak mempunyai sebarang kuasa untuk menggantung atau memecatnya kerana Pendaftar Pertubuhan (ROS) tidak mengiktiraf pemegang jawatan yang dibentuk oleh CEC parti itu.

Subscribe to:
Posts (Atom)