Darahsatriadotcom

Followers

Saturday 6 April 2013

Terkini : Manifesto @ Akujanji Barisan Nasional... #ManifestoBN #PRU13

Inilah antara intipati Manifesto @ Akujanji Barisan Nasional yang telah dibentangkan oleh Pengerusi Barisan Nasional, YAB Dato Seri Mohd Najib Tun Razak :

# Akur janji ini merangkumi 17 bidang sekiranya kita dipilih oleh rakyat..

# Ekonomi dunia tidak menentu tetapi kita telah mencapai pertumbuhan sebanyak 5.6% pada tahun sudah. Kejayaan Malaysia unik kerana model pertumbuhan diikuti dengan kadar inflasi dan kadar pengangguran yang rendah.

Mandat Baharu Diperlukan...

Datuk Seri Najib Tun Razak ketika membayangkan tarikh Pilihan Raya Umum Ke-13 yang semakin dekat mengajak seluruh rakyat pelbagai kaum di negeri ini agar membuat perubahan dengan menukar tampuk pemerintahan Selangor kembali kepada Barisan Nasional (BN).

Dalam masa sama, Perdana Menteri berkata, rakyat negeri ini perlu terus mengekalkan Putrajaya di tangan BN untuk membolehkan Kerajaan Pusat membawa kemajuan yang lebih hebat dan berjaya di Selangor.

Pergolakan Pakatan Rakyat Terbongkar!

Pergolakan pakatan pembangkang dalam menentukan pembahagian kerusi untuk ditandingi dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) memang sudah dijangkakan kerana mereka tidak pernah bersatu, kata bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim.

Beliau berkata, jika pergolakan itu dijadikan sebagai asas untuk menilai pakatan pembangkang, ia merupakan petanda buruk sekiranya mereka diberi mandat untuk memerintah negara.

Terbongkar : Wajah Sebenar Pembangkang...

Naib Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Zulkifli Noordin mendedahkan beliau pernah terlibat dalam rancangan untuk 'membakar' Stadium Nasional Bukit Jalil semasa Sukan Komanwel 1998 kerana terpedaya dengan reformasi Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut beliau, rancangan itu bertujuan mencetuskan huru-hara semasa majlis perasmian Sukan Komanwel oleh Ratu Elizabeth berikutan pemecatan Anwar sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Jelasnya, rancangan untuk mencetuskan kekecohan di ibu negara itu terbahagi kepada tiga kumpulan dengan sasarannya adalah Stadium Nasional Bukit Jalil, kediaman Perdana Menteri di Seri Perdana dan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Must Read : Teng Dares Guan Eng!

Chief Minister Lim Guan Eng, who is adamant about facing off with Penang Barisan Nasional chairman Teng Chang Yeow in the Chinese-predominant Padang Kota, has been challenged to be bold and face voters from different ethnic groups. 

Teng said if Lim was indeed a chief minister for all races, he should not be reluctant to contest against others in any state seat.

The Gerakan secretary-general said his face-off with Lim, should it materialise, would be a battle about policies and a multiracial seat would be the most suitable battleground.

"A multiracial seat that reflects the acceptance of the (government's) policy by all Malaysians is needed. 

Pendedahan : Rahsia Besar Pakatan Rakyat Dibongkar!

Dua rahsia besar berkaitan pegangan aset beberapa pemimpin pembangkang serta kerjasama antara Pas, DAP dan PKR akan didedahkan selepas penamaan calon Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) ini.

Dua perkara yang dijangka mampu mengejutkan rakyat Malaysia dan menggugat kepercayaan penyokong terhadap parti pembangkang itu akan didedahkan oleh Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa, Datuk Ibrahim Ali.

Amaran Buat Masyarakat Cina!

Masyarakat Cina di negara ini dinasihat tidak mudah terpedaya dengan cakap-cakap pemimpin parti pembangkang terutama dari DAP yang kononnya mahu menaikkan semangat masyarakat itu supaya mengubah kerajaan pada pilihan raya umum akan datang.

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, sebaliknya masyarakat Cina perlu menentang kenyataan pemimpin pembangkang ini yang kadangkala bersifat "mengapi-apikan" hubungan antara kaum.

"Orang Melayu dan orang Cina mesti menjadi sahabat selalu kerana kita tidak ada masa depan untuk bergaduh semasa kita. Jangan biarkan DAP mengapi-apikan kita.

Anwar Tidak Lagi Di Hormati...

Ramai yang terkejut apabila calon pilihan Anwar untuk kerusi Parlimen Indera Mahkota telah diboo oleh penyokong PKR sendiri. Calon tersebut ialah Dato’ Fauzi Abd. Rahman yang juga Pengerusi PKR Pahang. Penyandang kerusi tersebut ialah Azan Ismail tetapi telah ditukarkan ke Terengganu, iaitu keputusan yang jelas tidak dipersetujui oleh akar umbi PKR. 

Akar umbi tidak bersetuju dengan calon pilihan pemimpin tertinggi sebenarnya bukanlah pelik, malah ia hampir tidak boleh dielakkan dari berlaku di sesetengah kawasan bagi semua parti setiap kali pilihanraya. 

Namun, yang menjadikannya satu isu besar ialah tindakan penyokong PKR yang langsung tidak menghormati ‘pemimpin Anugerah Tuhan’ iaitu, Anwar Ibrahim.  

Penyokong PKR telah bertindak mengejek Dato’ Fauzi sehingga memaksa pengumuman diulang tiga kali oleh Anwar. 

Khabarnya, ada juga yang bertindak meninggalkan majlis.  

Kita masih boleh memahami jika mereka mengambil sikap memusuhi Dato’ Fauzi, tetapi kita hairan ke manakah hilangnya rasa hormat penyokong PKR terhadap bakal Perdana Menteri mereka ini? 

Video : Gerakan Pembangkang Terbongkar!


Terkini : Intipati Manifesto Barisan Nasional Didedahkan!

Manifesto Barisan Nasional (BN) yang akan dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak esok dijangka mengandungi janji-janji yang menyentuh kebajikan dan masa depan lebih baik untuk semua komuniti dan lapisan masyarakat serta pelbagai sektor.

Bagaimanapun, manifesto tersebut tidak bersifat populis sebaliknya mengandungi janji-janji yang realistik dan boleh dicapai setelah dibuat kajian teliti dengan mengambil kira kemampuan kewangan negara, demikian menurut sumber BN ketika ditanya tentang isi kandungan manifesto tersebut.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...