Darahsatriadotcom

Followers

Sunday, 17 March 2013

Dynamic Stability Dalam Pentadbiran Negara

Prinsip Dynamic Stability telah diamalkan oleh pemimpin negara sejak dahulu hinggalah era DS Najib Tun Razak. Prinsip ini dijelmakan oleh DS Najib Tun Razak melalui Gagasan 1Malaysia. 

Jika kita berpandukan Pohon 1Malaysia di atas, prinsip Stability terkandung dalam aspek pertama Gagasan 1Malaysia iaitu menerapkan Perpaduan (Penerimaan, Perlembagaan & Rukun Negara, Keadilan Sosial).

Manakala prinsip Dynamic terkandung dalam aspek kedua Gagasan 1Malaysia iaitu pengamalan budaya progresif dan nilai-nilai aspirasi (Budaya Berprestasi Tinggi, Budaya Ketepatan, Budaya Inovasi, Budaya Ilmu, Kebijaksanaan, Kesetiaan, Ketabahan, Integriti).

Bagi memahamkan prinsip Dynamic Stability yang dibawa oleh DS Najib melalui Gagasan 1Malaysia kita permudahkan melalui ilustrasi Pohon 1Malaysia seperti dibawah :

Pohon 1Malaysia yang subur digambarkan sebagai berikut:


(1). Perlembagaan Persekutuan, Penerimaan dan Keadilan Sosial diibaratkan sebagai batang pokok dan Rukun Negara diibaratkan sebagai akar tunjang - STABILITY

(2). Budaya progresif serta nilai-nilai aspirasi diibaratkan sebagai ranting dan buah-buah yang manis dari pohon tersebut – DYNAMIC


(3). Pohon itu tidak akan subur dan mungkin akan layu jika tidak ada air dan baja. Air dianalogikan sebagai Wasatiyyah, manakala baja dianalogikan sebagai akal yang sihat dan mengetahui sejarah bangsa, negara serta pemimpin kita.

Malaysia telah menikmati banyak nikmat pada hari ini. Antaranya nikmat dari DEB. Kini kita terus menikmati banyak nikmat lagi dibawah kepimpinan DS Najib melalui pemikiran transformatifnya.

Oleh itu, kita sebagai warganegara Malaysia harus meneruskan agenda perjuangan pemimpin negara ini dalam memastikan keamanan dan kesejahteraan dapat terus dipelihara dalam memastikan kehidupan yang lebih sejahtera dan bahagia untuk kita dan generasi kita di masa hadapan.


No comments:

Post a Comment

Admin tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang diberikan... Harap komen yang diberikan tidak berbaur perkauman dan tidak berunsur lucah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...