Saya menulis berkenaan perkara ini lapan tahun yang lepas pada 2005.
Namun mungkin ramai antara anda masih belum lagi membaca Malaysia Today
pada tahun 2005 jadi terlepas untuk membaca apa yang saya tulis.
Sesiapa yang masih mengingati apa yang saya tulis, ceritanya agak
panjang namun secara asasnya berkisar tentang hubungan antara pemimpin Islam
dalam Kerajaan Malaysia dan juga pemimpin Islam di Filipina serta peranan yang
dimainkan Malaysia berhubung “hal ehwal dalaman” Filipina.
Kebanyakan orang Malaysia tidak dapat memahami perbezaan antara Sulu,
MNLF, MILF dan Abu Sayyaf—seperti mereka yang tidak mengerti perbezaan antara
PLO dan Hamas. Walaubagaimanapun, izinkan saya merumuskan bahawa mereka ini
adalah serpihan ataupun seteru kumpulan orang Islam di Filipina yang menuntut
kemerdekaan, sama seperti orang Palestin di Timur Tengah.
Malaysia sebagai sebuah negara Islam, bersimpati dengan orang Islam
di Filipina—sama seperti orang Islam di Selatan Thailand—dan kita telah banyak
membantu dalam apa cara bagi menyelesaikan isu di Filipina dan Selatan
Thailand.
Sepanjang jalan, bagaimanapun, sesuatu yang buruk telah berlaku.
Seperti yang telah saya tulis pada tahun 2005, ada janji yang tidak dipenuhi.
Dan ini ada kaitan dengan 'isu IC' Sabah (anda tidak perlu RCI untuk saya
beritahu anda). Dan yang menyebabkan krisis tebusan Sipadan dan penglibatan
Libya dalam menyelesaikan krisis selepas berbulan menemui jalan
buntu.
Dilaporkan sejumlah RM50 juta bertukar tangan untuk mendapatkan
pembebasan tebusan, kos yang ditanggung oleh Libya. Sudah tentu, tiada siapa
yang akan mengaku hakikat ini walaupun mereka sendiri tidak akan dapat untuk
menjelaskan bagaimana dan mengapa tebusan tersebut akhirnya
dibebaskan.
Tetapi semua itu berlaku beberapa dekad yang lalu. Kita bercakap
tentang permulaan krisis pada tahun 1970, apabila ramai daripada anda masih
belum dilahirkan lagi, dan krisis tebusan 30 tahun kemudian pada tahun 2000.
Sejak itu segala-galanya telah menjadi sangat tenang – sehinggalah tahun lepas
apabila keseluruhan perkara ini telah dibangkitkan dalam persediaan untuk
pilihanraya umum akan datang.
Ini apa yang berlaku baru-baru ini.
Pada 16 Julai 2012, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah
terbang ke Jakarta untuk bertemu dengan Nur Misuari yang sangat rapat dengan
Anwar sejak Anwar berada dalam kerajaan, dan komander tentera MNLF. Mesyuarat
tersebut telah diadakan di Hotel Crowne Plaza Jakarta dan telah diatur oleh Ahli
Parlimen Indonesia, seorang lagi kawan rapat Anwar, dibawah arahan Anwar
sendiri.
Mesyuarat kedua telah diadakan di Manila pada 4 Ogos 2012 untuk
memuktamadkan dan menandatangani perjanjian. Anwar terbang ke Manila dengan
penerbangan MH 704, dan jika anda semak butiran penerbangan, anda dapat
mengesahkan perkara ini, dan beliau juga telah ke Jakarta hanya dua minggu
sebelum itu.
Dalam mesyuarat itu, Anwar memberitahu Misuari bahawa dia memerlukan
bantuan untuk memenangi pilihanraya umum akan datang. Pakatan Rakyat yakin
memenangi sekurang-kurangnya 82-85 daripada 165 kerusi di Semenanjung Malaysia.
Beliau tidak yakin dengan 57 kerusi di Sabah, Sarawak dan Labuan.
Pakatan Rakyat perlu menang sekurang-kurangnya 30 daripada 57 kerusi
di Malaysia Timur untuk membentuk kerajaan persekutuan dengan majoriti yang
cukup tipis tetapi selesa. (Anwar boleh meningkatkan majoriti ini kemudian
dengan membawa ahli-ahli parlimen Barisan Nasional untuk beralih arah apabila
mereka membentuk kerajaan). Untuk ini berlaku, Anwar memerlukan sokongan umat
Islam di Malaysia Timur, khususnya di Sabah, ramai daripada mereka adalah orang
Islam Filipina dengan kewarganegaraan Malaysia dan hak mengundi.
Anwar berjanji kepada Misuari bahawa sekiranya Pakatan Rakyat
mengambil alih Kerajaan Persekutuan, Sabah dan Sarawak akan diberi autonomi,
seperti yang telah mereka perjuangkan selama lebih 42 tahun sejak tahun 1970.
Kedua-dua negeri di Malaysia Timur juga akan diberikan royalti minyak 20%,
peningkatan sebanyak 15% daripada kadar semasa 5%. Ini akan memastikan bahawa
kedua-dua negeri ini akan menjadi sangat kaya - dianggarkan RM4 bilion setahun
bagi setiap negeri.
Tambahan pula, semua rakyat Filipina yang bukan warganegara Malaysia
di Malaysia Timur akan diberi kewarganegaraan, atau sekurang-kurangya status
pemastautin tetap yang sangat minimum, supaya mereka boleh mencari pekerjaan di
Sabah. Pekerjaan untuk mereka juga akan dijamin.
Nur Misuari bersetuju dengan terma-terma tersebut dan kemudiannya
melantik Haji Ibrahim Omar sebagai penyelaras MNLF atau 'duta tidak rasmi' ke
Sabah untuk membantu Anwar meraih sokongan umat Islam Filipina di negeri
itu.
Dan itulah sebabnya kerajaan Malaysia teragak-agak untuk mengambil
tindakan drastik apabila krisis Lahad Datu mula menjelma. Pihak Kerajaan tahu
ada sesuatu di sebalik insiden tersebut dan pada masa itu masih belum jelas
kaitannya secara total.
Kerajaan tidak boleh membiarkan perkara tersebut berlalu begitu
sahaja. Mengambil tindakan ketenteraan hanya akan memberikan kelebihan kepada
pihak pengkomplot dan meyakinkan pihak orang Islam Filipina di Sabah agar
bangkit menyokong Anwar bagi mendapatkan autonomi dari pihak Kerajaan
Persekutuan.
Ya, kejadian di Lahad Datu adalah satu 'wayang', seperti yang
dicanangkan oleh pembangkang. Tidak ramai yang akan berani untuk menyangkal
perkara ini. Ramai rakyat Malaysia juga yakin bahawa terdapat 'dalang' di
sebalik kejadian ini. Apa yang mereka tidak tahu ialah: Siapa dalang tersebut?
Malaysia Today telah mendedahkan cerita ini dan saya mencabar kerajaan
Malaysia untuk menafikan kesahihan apa yang saya baru
dedahkan.
|
No comments:
Post a Comment
Admin tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang diberikan... Harap komen yang diberikan tidak berbaur perkauman dan tidak berunsur lucah...