Darahsatriadotcom

Followers

Monday, 25 March 2013

Satu Pendedahan : Strategi Anwar Terbongkar...

Info ini telah diterima daripada seorang kenalan yang pernah belajar di UiTM Shah Alam.


Nama pelajar yang telah dipadamkan namanya menerusi surat di atas juga menerima beberapa flyers bagi menunjukkan penindasan yangtelah kerajaan lakukan kepada rakyat negara ini melalui suara rakyat.


Di dalam surat tersebut Anwar seolah-olah merayu untuk meminta simpati bagi mendapatkan sokongan undi bagi PRU-13 kepada pembangkang yang dilihat begitu terdesak. Anwar sudah mula takut dan terbukti sememangnya mempergunakan mahasiswa. Adakah ini strategi beliau apabila tiada wave "We Love Anwar"?

Hanya mahasiswa yang buta kayu dan pekak tuli sahaja yang menjadi kuda Anwar dan Pakatan Rakyat seperti yang selalu berdemonstrasi di jalanan dan sebagainya. Mereka ini hanya sebahagian kecil, minoriti suara mahasiswa sedangkan suara majoriti mahasiswa tidak sukakannya.

Berkemungkinan besar selepas ini, Anwar akan memberikan tawaran peluang pekerjaan pula kepada mahasiswa yang sudah bergraduasi kelak. Dan mahasiswa suka akan janji dan kemudahan yang tidak logik sebegini.

Peringatan kepada adik-adik mahasiswa yang menerima surat Anwar ini seeloknya berwaspada. Selalu lah membawa videocam atau video handset sebagai langkah berjaga-jaga jika Anwar ingin berjumpa. Ia mungkin boleh menjadi tatapan seluruh rakyat Malaysia kelak.

Kesimpulan mudah, kekalkan parti politik yang ada, maka kebajikan rakyat Malaysia pasti terjaga.

No comments:

Post a Comment

Admin tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang diberikan... Harap komen yang diberikan tidak berbaur perkauman dan tidak berunsur lucah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...