Darahsatriadotcom

Followers

Sunday, 24 March 2013

Tanpa Diduga : ETP Memberangsangkan, GTP Tingkat Kehidupan

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Malaysia telah mencapai kemajuan besar dari segi ekonomi sejak Program Transformasi Ekonomi (ETP) dilancarkan dua tahun lalu.

Perdana Menteri dalam Laporan Tahunan ETP 2012 memberitahu, sepanjang tahun lalu, pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) kekal kukuh dan stabil, kadar pengangguran dan inflasi kekal rendah serta pelaburan semakin meningkat, termasuk yang diperoleh daripada Tawaran Awam Permulaan (IPO) ketiga terbesar di dunia melalui penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Bhd. (FGV) di Bursa Malaysia.

Jelasnya, kejayaan itu dicapai walaupun dalam suasana sukar yang dialami negara-negara lain dalam ekonomi global.

''Malaysia menjadi satu-satunya negara yang berada dalam keadaan ekonomi memberangsangkan ketika kesuraman ekonomi global masa kini.

''Dengan berbekalkan latar belakang ini, saya sungguh berbangga kerana berpeluang untuk berkongsi kemajuan ETP dalam membantu mentransformasikan Malaysia menjadi negara berpendapatan tinggi dan maju menjelang 2020,'' ujarnya.


No comments:

Post a Comment

Admin tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang diberikan... Harap komen yang diberikan tidak berbaur perkauman dan tidak berunsur lucah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...