Semakin hari semakin menarik novel perisikan bertajuk The "I" Files ini. Novel berbahasa Inggeris itu hanya boleh dibaca melalui talian di alamat https://ifilesjs.wordpress.com/. Ia mula disiarkan bab demi bab sejak tahun lalu.
Kini sudah ada 14 bab dan ia dijangka terus ditulis. Penulisnya bernama Jonathan Smith, dikatakan seorang perisik Barat yang menyimpan banyak fail-fail rahsia mengenai personaliti-personaliti tertentu di negara ini.
Jonathan dikatakan telah bertapak menjejak rahsia di negara ini sejak zaman komunis lagi dan mengumpul maklumat untuk dihantar ke negaranya sehingga tamat Perang Dingin sekitar 1980-an.
Namun selepas itu, dia dikatakan diarah pula mengikuti seorang tokoh politik Malaysia bernama Encik I".
Oleh sebab keseluruhan kisah novel itu mengenai Anwar Ibrahim, maka saya percaya I" itu bermaksud Ibrahim. Dalam budaya Barat panggilan rasmi seseorang itu dipanggil dengan nama bapa atau surname.
Maka oleh kerana buku atas talian itu diberi nama The I" Files atau Fail-Fail I", ia sudah pasti membawa maksud Anwar Ibrahim.
Perisikan beliau mengenai Anwar cukup teliti dan amat mendalam sekali. Ia berkisar mengenai Anwar sejak di zaman sekolahnya di MCKK, ke Universiti Malaya. Terbabit dalam pergerakan pelajar di universiti serta terbabit dalam pergerakan prodemokrasi luar negara.
Untuk bacaan penuh sila layari : http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20130220/re_04/Perihal-novel-The-I-Files-dan-video-I-Files-Manusia-Pelbagai-Wajah#ixzz2OMDTDZl6
No comments:
Post a Comment
Admin tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang diberikan... Harap komen yang diberikan tidak berbaur perkauman dan tidak berunsur lucah...