Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dr. Mohd. Puad Zarkashi mendakwa DAP
telah membuat satu perjanjian sulit untuk mengangkat Presiden Pas, Datuk
Seri Abdul Hadi Awang sebagai Perdana Menteri jika mereka dibenar
menggunakan logo Pas pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) ini.
Beliau berkata, bagaimanapun perjanjian antara DAP dan Pas itu tidak
diketahui oleh Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar
Ibrahim yang sedang mengira hari untuk menjadi Perdana Menteri Ketujuh
sekiranya pakatan pembangkang menang PRU-13.
Kita difahamkan ada perjanjian sulit yang dibuat antara pemimpin
utama DAP dan Pas bahawa Abdul Hadi akan menjadi Perdana Menteri jika
pakatan memenangi PRU-13, tetapi peliknya ia disembunyikan daripada
pengetahuan Anwar yang sedang syok sendiri.
Pengiktirafan Abdul Hadi itu dibuat kerana DAP dan Pas dikatakan
tidak setuju dengan tindakan Anwar untuk menggunakan pelanduk dua serupa
sebagai modal kempen PRU-13.
DAP dan Pas sudah tahu klon yang dibawa merupakan pembohongan besar
selain berpendapat Anwar tidak bermoral, tidak bermaruah dan tidak
mempunyai prinsip," katanya kepada pemberita selepas bertemu penduduk di
kawasan Pusat Daerah Mengundi (PDM) Kampung Permatang, Senggarang di
sini hari ini.
Mohd. Puad mendakwa, pemimpin DAP dan Pas juga ketika ini yakin
bahawa bekas rakan karib Anwar iaitu Datuk S. Nallakaruppan tidak
berbohong tentang isu biseksual dan kisah Anwar dengan isteri Timbalan
Presiden PKR, Azmin Ali iaitu Shamsidar Taharin.
Malah, katanya, DAP dan Pas turut menganggap Anwar sebagai liabiliti
politik dan kerana itu juga berlaku pertembungan Pas lawan PKR pada
pilihan raya kali ini.
Anwar gagal untuk mengawal pertembungan tiga atau empat penjuru
kerana dia tahu DAP dan Pas tidak akan dengar pendapatnya sebab dia
adalah liabiliti dalam politik pakatan.
Sebab itu juga saya maksudkan parti dalam pakatan pembangkang ini
ibarat tidur sebantal dan mimpi lain-lain kerana mereka tidak dapat
mencapai kata sepakat," katanya.
Sumber : © Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment
Admin tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang diberikan... Harap komen yang diberikan tidak berbaur perkauman dan tidak berunsur lucah...