Namun
masih ramai yang mudah terpengaruh dengan tohmahan dan fitnah yang dilemparkan
oleh pakatan pembangkang kononnya negara ini telah gagal dalam memberikan
peranan yang seluas-luasnya kepada pengamal media.
Malah
antara salah satu perkara yang dibangkitkan oleh mereka dalam ‘Manifesto Bukan
Janji’ yang dibentangkan baru-baru ini ialah kononnya untuk menghormati
kematangan pengamal media bagi menyusun atur industri media supaya bebas dan
bertanggungjawab sesama pengamal media tanpa campur tangan kerajaan.
Sedangkan menurut J.C Merrill melalui bukunya
‘Kewartawanan Sejagat, 1977’ mengatakan secara realitinya di seluruh dunia
kebebasan media dan komunikasi adalah sesuatu yang terlalu ideal sehinggakan
tidak ada sebuah negara pun di dunia ini yang benar-benar mengamalkan kebebasan
tersebut.
Namun
begitu, Indeks Kebebasan Akhbar (PFI) 2011-2012 yang diterbitkan oleh Reporters
Without Borders mencatatkan Malaysia berada di tangga ke-122 sekali gus
memperlihatkan lonjakan berbanding PFI 2010 di mana Malaysia di tangga 144.
Dalam PFI terbaru ini Malaysia mendahului negara Asia Tenggara misalnya
Singapura di tangga 135, Thailand (137), Filipina (140) dan Indonesia (146).
Mungkin
ada bertanya apa maknanya lonjakan Malaysia dalam indeks yang dikeluarkan oleh
Reporters Without Borders? Jawapannya indeks ini bukanlah terlalu penting.
Tetapi ia boleh memberitahu dunia tentang tahap kebebasan media negara ini. Ia
sekaligus menafikan tanggapan bahawa di Malaysia tiada kebebasan media. Itu
sahaja.
Sekiranya
tidak ada kebebasan media, bagaimana boleh wujud banyak portal berita, blog dan
akhbar pembangkang di negara ini? Sebahagian besarnya bukan sahaja mengkritik
kerajaan malah menyiarkan laporan palsu. Apakah semua ini masih lagi menafikan
wujud kebebasan media?
Harakah
sebagai contoh, tidak pernah menyiarkan laporan atau analisis tentang
pembangunan rakyat, begitu juga Suara Keadilan, portal Malaysiakini dan
Malaysian Insider. Mengikut definisi, Harakah dan Suara Keadilan bukanlah
akhbar tetapi buletin yang membawa suara parti. Tetapi berapa orang yang faham
definisi ini?
Buktinya
banyak membandingkan kononnya Harakah dan Suara Keadilan lebih telus apabila
menghentam dasar kerajaan. Apakah makna ketelusan itu mesti menghentam dasar
kerajaan? Tetapi apabila akhbar arus perdana mengkritik dasar-dasar
pembangkang, itu dikatakan tiada kebebasan media.
Semua
ini membuktikan kebebasan media di negara ini cuba diselindungkan. Kebebasan
melapor, menyiar dan masyarakat pula ada kebebasan mengakses portal atau
membeli akhbar di tempat umum adalah kebebasan media.
Lebih
menghairankan di sebalik kata-kata retorik pakatan pembangkang yang kononnya
pejuang kebebasan media, di masa yang sama merekalah sebenarnya yang banyak
menindas / mengherdik wartawan serta mengenakan pelbagai sekatan terhadap
media.
Ironinya
pihak mendakwa juara memperjuangkan kebebasan media adalah yang paling banyak
menyaman media. Contoh yang paling mudah, cuba kita lakukan sedikit analisa,
berhubung siapakah yang paling banyak mengemukakan saman terhadap media selain
dari makhluk bernama Anwar Ibrahim?
Betul,
mereka memang berhak mengambil tindakan tetapi bukankah ini bertentangan dengan
prinsip kebebasan media yang dilaung-laungkan?
Dan
siapakah juga yang sering menghalang wartawan dari hadir untuk membuat sebarang
liputan? Lihat sahaja di pintu masuk pejabat parti PKR yang secara jelas
meletakkan nota, bagi menghalang dan melarang akhbar Utusan Malaysia dan
stesyen televisyen TV3 hadir mana-mana program dan sidang akhbar yang diadakan
mereka.
Bukankah
itu satu bentuk menghalang kebebasan media? Nampak gayanya puak-puak pimpinan
makhluk bernama Anwar ini hanya pandai cakap tak serupa bikin! Kalau beginilah
caranya, alamat Malaysia akan hancur jika pakatan pembangkang berjaya mengambil
alih kerajaan.
No comments:
Post a Comment
Admin tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang diberikan... Harap komen yang diberikan tidak berbaur perkauman dan tidak berunsur lucah...