UMNO Kelantan percaya pemimpin-pemimpin Pas akan mengunakan 'wang
sumbangan' untuk mendapatkan undi sebagai strategi terakhir mereka untuk
mempertahankan negeri ini daripada jatuh ke tangan Barisan Nasional
(BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 ini.
Ketua Penerangan UMNO Kelantan, Datuk Dali Husin berkata, gelombang
perubahan telah melanda negeri ini justeru Pas akan melakukan apa sahaja
termasuk memberikan sumbangan kepada pengundi dengan alasan ia adalah
sumbangan ikhlas daripada pemimpin.
Katanya, perkara sama juga telah dilakukan dalam beberapa pilihan
raya umum sebelum ini termasuk pada pilihan raya lalu dimana mereka
telah menggunakan unsur berkenaan dalam meraih undi.
Ujarnya, pemimpin-pemimpin Pas asyik memberi tohmahan dengan menuduh
UMNO sebagai sebuah parti perasuah namun semua sedia maklum termasuk
rakyat di negeri ini siapa sebenarnya perasuah.
"Kita tahu senjata mereka dan kita faham pada pilihan raya kali ini
mereka tetap akan mengunakan unsur yang sama seperti yang dilakukan
sebelum ini.
"Dalam pilihan raya lepas siapakah yang telah memberikan duit kepada
pengundi-pengundi di pos-pos panas kalau bukan pemimpin-pemimpin Pas dan
jentera parti mereka, dan kita tidak boleh tipu rakyat sebab rakyat
yang menerimanya.
"Sebahagian besar rakyat telah mendapat duit dari pemimpin-pemimpin
Pas dalam pilihan raya lalu dan perkara sama kita nampak akan dilakukan
Pas dalam pilihan raya ini demi mempertahankan kerajaaan (Pas)," katanya
kepada pemberita selepas Karnival Gerakan Tukar Parlimen Pengkalan
Chepa di Beris Jambu di sini malam tadi.
Dalam suasana hujan renyai-renyai, lebih 3,000 orang dengan
berpakaian serba merah simbolik kepada 'Gelombang Merah Tukar Kerajaan
Pas Kelantan' yang melanda negeri ini menghadiri karnival berkenaan.
Dali, yang juga Ketua UMNO Bahagian Pengkalan Chepa, sehubungan itu
mengingatkan rakyat negeri ini supaya tidak merendahkan nilai diri
mereka dengan memilih Pas hanya kerana 'sumbagan' kecil itu kerana
akhirnya mereka sendiri akan mendapat kerajaan yang lemah sehingga
tempoh lima tahun lagi.
"Kita akan mengerakkan jentera kita untuk memberi fahaman kepada
rakyat dan memberi penjelasan kepada mereka, jangan letakkan nilai tidak
seberapa ini sehingga sanggup menukar pendirian kita selama ini yang
berkobar-kobar untuk mengubah kerajaan Kelantan.
"Kita akan ingatkan juga kepada rakyat, jangan disebabkan sumbangan
itu, mereka terpaksa mengekalkan kerajaan yang lemah ini dan kesannya
dalam masa empat lima tahun lagi kita masih dalam keadaan marah dengan
Kerajaan Pas Kelantan.
"Pada masa itu kalau menyesal pun sudah tidak berguna. Ingat masa dan
ketika kita mampu ubah kerajaan sekarang ini, jangan tidak dilakukan
hanya kerana telah mendapat sumbangan daripada pemimpin-pemimpin Pas,"
katanya
Sumber : Utusan Online
No comments:
Post a Comment
Admin tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang diberikan... Harap komen yang diberikan tidak berbaur perkauman dan tidak berunsur lucah...