Darahsatriadotcom

Followers

Monday 6 May 2013

Demi Keamanan : Tuhan Lindungi Polis, Tentera!

Sesiapa yang berfikiran waras akan sentiasa menghargai khidmat yang diberikan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Merekalah yang menjaga keamanan dalam negeri. Siapakah yang tidak rasa selamat apabila ada pihak polis berkawal di tempat mereka berada, termasuklah mereka yang sering memburukkan pihak polis dan tentera?

Cuba fikirkan sejenak bagaimana keadaannya sekiranya tiada pasukan polis dan tentera untuk mengawal keamanan negara: Kepada siapa yang boleh kita mengadu apabila berlakunya sebarang perkara yang tidak diingini?

Kepada kumpulan yang selalu memburuk-burukkan pasukan keamanan atau kepada kumpulan politik yang sering memfitnah pasukan polis dan tentera demi untuk kepentingan diri sendiri?

Apabila Sabah dicerobohi dan diporak-perandakan oleh musuh, maka pihak polis dan tenteralah yang terpaksa berkorban jiwa dan raga untuk mengembalikan keamanan. Orang biasa yang cintakan keamanan dan negara mereka telah membantu sebolehnya, tetapi orang yang mempunyai agenda kotor telah secepat kilat mengeji dan memburukkan semua usaha murni perwira-perwira polis dan tentera ini. Itulah kerja pembelot negara.

Pembelot sebegini akan terus bermaharajalela kerana negara ini tidak begitu peduli untuk mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap mereka.

Saya pasti, kalaulah pembelot- pembelot ini mempunyai saudara mara mereka di dalam pasukan polis dan tentera, tentu sekali mereka akan mempertahankan kemuliaan tugas dan khidmat yang diberikan oleh pasukan-pasuka keselamatan ini.

Tetapi mereka ini tidak akan mempunyai saudara mara dalam pasukan polis dan tentera, kerana mereka tidak mempunyai kesetiaan dan semangat untuk mempertahankan keamanan dan kedaulatan negara ini.

Mereka hanya pandai mencaci dan mengeji, kerana itulah sahaja kerja mereka: Komunis dikatanya wira dan polis di katanya pengganas; mempertahankan kedaulatan negara dikatakannya sandiwara.

Kalau pengeji-pengeji inilah yang memerintah negara, mereka juga akan mempunyai pasukan polis dan tentera. Pada waktu itu mereka akan menyanjung setingginya khidmat polis dan tentera kerana menjaga keselamatan diri mereka!

Walau apa pun, seluruh negara kecuali yang buruk perangai dan akhlak, mahukan pasukan polis dan tentera terus maju ke hadapan untuk menjamin keamanan negara ini supaya kita sebagai rakyat dapat hidup dalam aman damai dan tidur lena. Kami doakan pasukan polis dan tentera sentiasa dilindungi dan diberkati Tuhan.

Sumber : © Utusan Melayu (M) Bhd

No comments:

Post a Comment

Admin tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang diberikan... Harap komen yang diberikan tidak berbaur perkauman dan tidak berunsur lucah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...