Darahsatriadotcom

Followers

Sunday, 30 June 2013

Anwar Terlalu Biadap!

Sikap tamakkan kuasa Datuk Seri Anwar Ibrahim terserlah apabila Ketua Pembangkang itu tergesa-gesa ingin merampas kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut yang kosong selepas penyandangnya, Dr. A. Rahman Mokhtar meninggal dunia.
 
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, sikap yang ditunjukkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) tersebut jelas tidak menghormati keluarga Allahyarham yang masih bersedih.

"Saya rasa Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu bersabar dahulu kerana bagi kami perlu hormati keluarga arwah yang masih sedih atas pemergian Allahyarham.

"Inilah sikap orang politik pembangkang, baginya itu adalah perkara yang menggembirakan, kemudian tunjuk sikap tamak untuk terkam kerusi di situ," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Anwar semalam bahawa kerusi yang dikosongkan Allahyarham itu merupakan peluang terbaik kepada pembangkang merampas kembali kawasan berkenaan.

Kenyataan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu diluahkan semalam iaitu pada hari A. Rahman meninggal dunia di Hospital Sultanah Nur Zahirah akibat komplikasi paru-paru.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-13 lalu, Allahyarham menang terhadap calon Pas, Napisah Ismail dengan majoriti 2,434 undi. 

Allahyarham mendapat 8,809 manakala Napisah (6,375 undi).

Shabery yang juga Ahli Parlimen Kemanan berkata, calon bagi kerusi tersebut hanya akan diputuskan selepas keadaan reda bagi menghormati keluarga Allahyarham.

"Bagi saya, ini masih waktu bersedih untuk kami," katanya lagi.

Jelasnya, sebarang perbincangan tentang nama calon tidak wajar dilakukan sekarang memandangkan pihak keluarga masih bersedih dan perlu menunggu notis dari Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tentang kekosongan kerusi tersebut.

No comments:

Post a Comment

Admin tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang diberikan... Harap komen yang diberikan tidak berbaur perkauman dan tidak berunsur lucah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...