Darahsatriadotcom

Followers

Sunday 2 June 2013

Anwarinas Rosakkan Politik PAS...

Apabila Pas membuat keputusan untuk komited dalam kerjasama bagi memburu kuasa politik bersama pakatan pembangkang yang turut disertai oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP, penulis tidak melihat ia satu keuntungan kepada perjuangan Pas. Malah dalam hampir setiap artikel, penulis sering mengingatkan Pas bahawa mereka akan menjadi parti yang paling rugi di muka bumi Allah ini.

Dan ternyata telahan penulis itu benar, apabila dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), pencapaian Pas jauh merosot berbanding Pilihan Raya Umum 2008.

Pada 2008, Pas boleh mendabik dada apabila bukan sahaja mempertahankan Kelantan tetapi juga menguasai Kedah. Di kerusi Parlimen pula Pas berjaya memenangi 31 kerusi. Tetapi kejayaan itu tidak kekal lama, sikap Pas yang sering sahaja menafikan bahawa mereka hanya 'pak turut' dalam pakatan pembangkang dan semakin meminggirkan suara golongan ulama akhirnya membawa padah. Pas hanya terus bertahan di Kelantan tetapi terlepas Kedah dan kehilangan 10 kerusi Parlimen.

Sebab itulah, apabila PRU-13 berakhir, ramai pihak sama ada di dalam atau di luar Pas berpendapat, parti itu harus kembali mengukuhkan kepimpinan ulamanya. Sudah cukup selama ini, Pas dilihat hanya mengikut telunjuk atau terperangkap dengan mainan politik kumpulan Anwarinas dalam parti itu sehingga memungkinkan imej Pas sebagai parti Islam tergadai.

Semua itu berlaku kerana kelompok Anwarinas terlalu menjaga hubungan politik dengan PKR dan DAP kerana mereka sudah terpengaruh dengan impian untuk menawan Putrajaya. Tetapi kesudahannya, Pas bagaikan lebai malang menang sorak kampung tergadai. Sebaliknya PKR dan DAP semakin memperkukuhkan kedudukan dan sudah pasti yang paling untung adalah DAP kerana menguasai 38 kerusi Parlimen sekali gus menjadikan parti itu paling dominan dalam pakatan pembangkang.

Taktik politik pemimpin-pemimpin DAP yang menentang habis-habisan perjuangan negara Islam Pas dan tidak pernah berundur biar pun setapak dalam soal hukum hudud telah memungkinkan mereka mengaut keuntungan melalui sokongan pengundi bukan Islam. Apatah lagi sikap konsisten DAP dalam soal itu disokong oleh PKR dan dibantu pula oleh puak-puak Anwarinas dalam Pas, kesudahannya Pas yang rugi. Kini persoalannya ke manakah Pas selepas ini? Apakah Pas ini terus berada di bawah 'pemerintahan politik' PKR dan DAP atau memilih haluan sendiri dengan memastikan kepimpinan ulama diperkukuhkan semula.

''Nampaknya ada usaha daripada pihak Pas ingin keluar Pakatan Rakyat, cuma sekarang Dewan ulama Pas dan Ahli Majlis Syura ulama Pas masih mencari jalan sama ada bergabung dengan UMNO ataupun tanpa UMNO, Pas nampaknya tidak boleh bertolak ansur lagi dengan DAP dan PKR yang asyik mengetepikan mereka.

''Walhal DAP dan PKR mempunyai kerjasama yang baik, sehingga Pas kehilangan sokongan Melayu disebabkan tunduk pada DAP dan PKR, negeri Pas tawan pun jatuh kepada UMNO itu menyebabkan Pas semakin bimbang tentang sokongan rakyat terutama orang Melayu , mereka sebenarnya masih lemah dalam Parlimen nak di bandingkan PKR dan DAP yang kuat.''

No comments:

Post a Comment

Admin tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang diberikan... Harap komen yang diberikan tidak berbaur perkauman dan tidak berunsur lucah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...