Darahsatriadotcom

Followers

Thursday 6 June 2013

Bermula Proses Penganaktirian Melayu...

Kerajaan digesa mengambil tindakan serius terhadap isu diskriminasi graduan Melayu oleh pihak swasta.

Presiden Persatuan Melayu Pulau Pinang (Pemenang), Datuk Seri Mohd. Yussof Latiff berkata, langkah itu perlu memandangkan perkara tersebut tidak sepatutnya berlaku dalam negara berbilang kaum seperti Malaysia.

“Kita menyelar tindakan diskriminasi seperti ini dan minta kementerian terlibat seperti Kementerian Sumber Manusia mengambil tindakan serius terhadap perkara ini.


“Sejak awal kemerdekaan lagi kerajaan telah mengamalkan dasar integrasi kaum supaya perpaduan dalam kalangan rakyat diperkukuhkan, malah kerajaan juga telah melaksanakan pelbagai kempen untuk menarik masyarakat bukan Melayu menyertai sektor awam.

“Jadi mengapa diskriminasi seperti ini masih dilaporkan berlaku sedangkan kita sudah merdeka lebih separuh abad," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas laporan Utusan Malaysia yang mendedahkan kajian oleh sekumpulan penyelidik sebuah universiti awam mengenai diskriminasi terhadap graduan Melayu yang memohon pekerjaan di syarikat swasta majoriti dimiliki kaum Cina dan asing.

Menurut kajian itu, faktor kaum lebih diutamakan berbanding kualiti pendidikan dengan graduan Cina menjadi pilihan dipanggil temu duga berbanding kaum Melayu yang merupakan penduduk teramai di negara ini.

Mohd. Yussof turut mendesak pihak-pihak terbabit menghentikan amalan seumpama itu bagi menjamin kestabilan dan perpaduan kaum.

“Mengapa perlu diberi keutamaan berlandaskan kaum yang nyata sangat tidak sihat untuk pembangunan negara dan kalau perkara ini berterusan sudah pasti usaha mengekalkan perpaduan rakyat akan terbantut," jelasnya.

No comments:

Post a Comment

Admin tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang diberikan... Harap komen yang diberikan tidak berbaur perkauman dan tidak berunsur lucah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...