Darahsatriadotcom

Followers

Thursday 20 June 2013

Cara Anwar Rampas Kuasa!

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang terus galak menganjurkan perhimpunan jalanan dilihat bermotif untuk merampas kuasa kerajaan dengan membatalkan keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) lalu.

Timbalan Pengerusi Biro Publisiti MCA, Loh Seng Kok berkata, perhimpunan itu juga bermatlamat menghasut penyokong beliau dan seterusnya memaksa Barisan Nasional (BN) menyerahkan kerajaan kepada beliau.

"Beliau sedar karier politiknya semakin ke penghujung, akibat terlampau taksub dan pentingkan diri, beliau mahu seluruh rakyat turut sengsara bersamanya.

"Ini salah, bukan sahaja kerana beliau perlu menggunakan saluran yang betul tetapi perhimpunan itu juga akan menyebabkan kehidupan seharian rakyat akan terganggu," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Katanya, rakyat juga semakin muak dengan PKR yang selalu mengadakan perhimpunan jalanan.

"Komuniti ahli perniagaan juga meminta supaya pakatan pembangkang untuk meneruskan agenda mereka melalui saluran betul dan bukannya melalui perhimpunan jalanan.

"Ia adalah penting kepada masyarakat untuk meletakkan ekonomi kita di landasan sebenar," katanya.

No comments:

Post a Comment

Admin tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang diberikan... Harap komen yang diberikan tidak berbaur perkauman dan tidak berunsur lucah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...