Darahsatriadotcom

Followers

Saturday 29 June 2013

Jadi Bangsa Malaysia!

Usaha mengeratkan perpaduan di kalangan rakyat negara ini bukan satu masalah besar, sekiranya masyarakat berbilang kaum tidak memperbesarkan titik perbezaan, sebaliknya mencari persamaan sebagai 'orang Malaysia'.

Ketua Kluster Sejarah, Warisan dan Sosiobudaya Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Datuk Dr Zainal Kling, berkata walaupun berpegang kepada prinsip orang Malaysia, ia tidak mengikis dan menafikan identiti masyarakat berbilang kaum, yang ada di negara ini. 


Katanya, tidak menjadi masalah bagi setiap individu negara ini untuk mengekalkan identiti kaum masing-masing, namun di peringkat nasional ataupun antarabangsa mereka perlu tampil sebagai orang Malaysia tanpa perlu ada jalur ektnik ataupun kaum. 

“Sekarang ini kita sentiasa membesarkan perbezaan, sepatutnya kita harus menyamakan diri kita pada satu persamaan paling utuh paling tegas sebagai orang Malaysia. Jangan lagi ditegaskan kita sebagai orang yang berbeza.

“Perbezaan kaum ada di mana-mana negara di dunia ini, perkara ini kita perlu didik di peringkat sekolah, di pejabat dan dalam kehidupan supaya kita berinteraksi sebagai orang Malaysia,” katanya.

Zainal sebelum itu menyampaikan ucaptama Wacana Penyatuan Nasional, Perbincangan Meja Bulat: Konsep dan Cabaran anjuran MPN dengan kerjasama BH.

Sementara itu, mengulas mengenai penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan, Zainal berkata, sememangnya bahasa kebangsaan itu menjadi jambatan kepada usaha untuk menyatukan masyarakat berbilang kaum di negara ini.

Katanya, Bahasa Melayu yang sudah dipersetujui sebagai bahasa kebangsaan bukan saja perlu dihormati, malah harus digunakan oleh rakyat berbilang kaum di negara ini dan pada masa sama tidak pula mengenepikan bahasa ibunda kaum lain. 

“Kita perlukan satu bahasa untuk boleh berhubung antara satu sama lain dengan satu bahasa, ia penting bagi menghubungkan antara satu sama lain, pada masa sama bahasa lain wajib digalakkan,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Admin tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang diberikan... Harap komen yang diberikan tidak berbaur perkauman dan tidak berunsur lucah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...