Darahsatriadotcom

Followers

Saturday 1 June 2013

Pembangkang Ambil Kesempatan...

Sikap pembangkang yang mempolitikkan tragedi bot ekspres karam di Belaga dekat sini, menunjukkan mereka tidak sensitif dan 'gila kuasa'.

Menteri Kerja Raya, Datuk Fadilah Yusof berkata, pemimpin pembangkang sepatutnya tidak mengambil kesempatan daripada kejadian itu sebaliknya turun padang menghulurkan bantuan kepada mangsa serta keluarga nahas berkenaan.

"Inilah masalahnya apabila masing-masing mempunyai sikap 'gila kuasa', semua perkara dipolitikkan dan menuding jari menyalahkan kerajaan.

"Kemalangan boleh berlaku di mana-mana, misalnya kemalangan jalan raya di Pulau Pinang dan Selangor, adakah itu juga menggambarkan kegagalan kerajaan negeri?," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau mengulas dakwaan pembangkang kononnya tragedi bot karam di Belaga baru-baru ini sebagai bukti tragis kegagalan 50 tahun pembangunan di negeri ini yang masih tidak mempunyai akses jalan raya ke kawasan pedalaman.

Mengulas lanjut, Fadilah berkata, pembangkang tidak boleh menyalahkan kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam tragedi itu kerana Kerajaan Pusat dan kerajaan negeri mempunyai perancangan serta peruntukan membina jalan raya di semua kawasan pedalaman di negeri itu.

Malah, katanya, sebahagian kawasan pedalaman di negeri itu telah mempunyai akses kemudahan jalan raya dan beberapa kawasan lain pula sedang dalam pembinaan.

No comments:

Post a Comment

Admin tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang diberikan... Harap komen yang diberikan tidak berbaur perkauman dan tidak berunsur lucah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...