Darahsatriadotcom

Followers

Friday 12 July 2013

Guan Eng Mula Mem'babi'kan Diri!

Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani mendesak Kerajaan DAP Pulau Pinang agar lebih sensitif dan menangani segera isu pengaliran najis babi ke kawasan tanaman padi di Kampung Selamat, Tasek Gelugor.

Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Ketua Menteri, Lim Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan sepatutnya mengambil tanggungjawab dan bukan bertindak lepas tangan dengan menyerahkan kepada kementerian.

"Ahli Parlimen Bagan patut faham sensitiviti. Isu ini harus mereka selesaikan kerana di bawah bidang kuasa negeri, tetapi sebaliknya mereka tolak isu ini kepada Kerajaan Persekutuan. Kerajaan negeri mesti mengambil tanggungjawab dan kementerian sedia membantu.

"Isu ini kena sama-sama selesaikan. Kerajaan Persekutuan tidak akan mampu selesai masalah najis babi ini jika kerajaan negeri tidak beri kerjasama," katanya semasa menggulung perbahasan titah Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat hari ini.

Baru-baru ini, Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) melahirkan kekesalan dengan kegagalan kerajaan DAP Pulau Pinang menyelesaikan kes pencemaran najis babi di Kampung Selamat sehingga menyebabkan 500 pesawah terpaksa menanggung kerugian.

Selain Kampung Selamat, Kampung Pantai Acheh di Balik Pulau juga menerima nasib sama apabila najis babi mencemarkan laut di kawasan berdekatan sehingga memberikan kesan kepada ekosistem hidupan di kawasan berkenaan dan hal serupa menimpa Kampung Jawi.

Berikutan desakan itu, Datuk Mansor Othman (PKR-Nibong Tebal) yang juga bekas Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang berjanji akan membawa isu tersebut kepada kerajaan negeri sambil memberitahu beberapa langkah sudah diambil, namun enggan mendedahkannya.

2 comments:

  1. Perangai Dap pemakan babi ni memang buruk,macamana puak ini boleh mendapat sokongan dari Melayu Pas?????

    ReplyDelete
  2. PAS jadi mcm tu sebab buta mata dan buta hatinya... PAS kan Parti Ajaran Sesat!

    ReplyDelete

Admin tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang diberikan... Harap komen yang diberikan tidak berbaur perkauman dan tidak berunsur lucah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...