Darahsatriadotcom

Followers

Wednesday 10 July 2013

Maksud Tersirat 1 7 5 8; Kurang Ajarnya Rakyat Malaysia!



Polis Singapura telah mengambil tindakan ke atas 55 orang rakyat Malaysia yang terlibat dalam demonstrasi membantah keputusan pilihan raya umum negara itu di Merlion Park, di sini pada 8 Mei lalu.

Menteri Dalam Negeri Kedua Singapura, S. Iswaran bagaimanapun berkata, pihak berkuasa sedang menilai tindakan yang akan diambil ke atas empat orang lagi rakyat Malaysia.

''Kesemua yang disiasat dalam demonstrasi tersebut merupakan warga asing (merujuk kepada rakyat Malaysia),'' katanya pada sidang Parlimen di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan yang dikemukakan oleh anggota Parlimen Chua Chu Kang, Zaqy Mohamad yang mahu mengetahui bagaimana demonstrasi oleh rakyat Malaysia dibenarkan berlaku di Singapura.

Sekumpulan rakyat Malaysia pada 8 Mei lalu berkumpul di Merlion Park bagi membantah keputusan pilihan raya umum negara itu yang didakwa berlaku penyelewengan. Menggunakan pendekatan angka 1 7 5 8 yang membawa maksud "Ubah Bersama-Sama" di dalam bahasa mandarin.

Iswaran mengulangi amaran bahawa walaupun rakyat asing dibenarkan bekerja dan tinggal di negara ini, namun mereka perlu mematuhi undang-undang Singapura.

''Mereka tidak sepatutnya mengimport isu domestik dari negara itu ke Singapura dan mengadakan aktiviti yang boleh menganggu ketenteraman awam ketika terdapatnya kumpulan lain yang berbeza pendapat,'' katanya.

Beliau menerangkan bahawa polis yang mengendalikan kejadian itu mengutamakan ketenteraman awam dan keselamatan rakyat. Iswaran menegaskan bahawa mereka yang melanggar undang-undang akan dikenakan hukuman tegas termasuk pembatalan pas pekerja dan visa.

No comments:

Post a Comment

Admin tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang diberikan... Harap komen yang diberikan tidak berbaur perkauman dan tidak berunsur lucah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...