Tindak tanduk pas yang kononnya memperjuangkan Islam semakin memualkan setelah bersekongkol dengan parti rasis Cina, Dap. Bukan sahaja tindakan Pas semakin menyimpang daripada landasan Islam malah daripada kenyataan serta perlakuan pemimpin-pemimpin mereka bertentangan dengan ajaran suci agama.
Demi meraih undi dan kelangsungan populariti sebagai sebuah parti politik, Pas akan sanggup melakukan apa sahaja termasuk 'berzina' dengan Dap sehingga melahirkan 'anak haram', PKR. Begitulah jika boleh diumpamakan keadaan Pas memperjudikan maruah Islam dengan dap sehingga nilai serta imej agama turut dikorbankan.
Mursyidul Am Pas, Nik Aziz Nik Mat yang 'diarah' bersara oleh Sultan Kelantan kerana tidak mampu lagi menerajui negeri Serambi Mekah itu, masih belum sedar dan tidak mahu bertaubat terhadap dosa yang dilakukannya kepada umat Islam di negara ini. Pada satu ceramah semasa kempen Pilihan Raya Kecil Kuala Besut di Terengganu, Nik Aziz masih menjurus kepada perpecahan masyarakat Islam di mana-mana sahaja beliau berucap.
Beliau mengatakan antara lain, UMNO hanya pandai membina masjid tetapi ahli-ahlinya tidak sembahyang di masjid. Begitu senang pemimpin Pas yang sudah nyanyuk ini melabelkan ahli-ahli UMNO tidak melakukan ibadat solat dengan berlagak seperti tuhan.
Tidak cukup mengata dan mencerca saudara seIslam dari UMNO dengan bermacam-macam fitnah dan tohmah, beliau terus membuat onar pada bulan Ramadhan yang mulia ini. Kepada pendokong tegar pemikiran Khawarij ini, biarlah kesucian dan kemuliaan Ramadhan dinodai, biarlah Islam dipermain dan dipersendakan jika ini boleh membawa kemenangan kepada calon Pas.
Malah kenyataan Dewan Pemuda Pas Malaysia menyelar tindakan empat orang Melayu memukul seorang pemuda Cina, Ng Mun Tat, amat mendukacitakan. Ini kerana tanpa usul periksa, Pas sanggup menyebelahi individu yang telah berbohong mengenai kedudukan sebenar mengapa insiden tersebut berlaku tetapi terus menghukum sekumpulan pemuda Melayu yang telah dianiayakan.
Tidak patut Pas mengeluarkan komen yang menghina bangsa Melayu sehingga puak-puak Cina rasis dibela hingga begitu rupa. Sebagai parti Melayu yang berasaskan kepada perjuangan Islam, Pas sebenarnya sudah mati kerana yang tinggal hanya nama.
Pemimpin parti itu tidak lagi mempunyai daya pemikiran yang hebat seperti tokoh-tokoh terdahulu seperti Dr Burhanuddin Hilmi, Prof. Zulfikli Muhammad, Asri Muda, Yusof Rawa dan Hassan Adli. Barisan pimpinan Pas sekarang hanya memikirkan undi, kuasa politik serta hawa nafsu terhadap kepentingan duniawi semata-mata.
Tingkah laku ramai pemimpin Pas sudah tidak Islamik kerana kebanyakan mereka hanya tahu memaki hamun dan mengeluarkan kata-kata kesat kepada parti lawan. Malah ramai yang terlibat dalam skandal seks yang memalukan seperti Timbalan Presiden kini yang pernah di tangkap berkhalwat dan video seks Setiausaha Agung parti itu tersebar luas.
Ini tidak termasuk tindakan pemimpin Pas Kelantan seperti Husam Musa yang didakwa menjadi kaya raya mengumpul harta sepanjang menjadi Exco Kerajaan Negeri. Tiada sebarang tindakan di ambil oleh Nik Aziz terhadap banyak aduan rasuah terhadap Husam malah beliau memilih untuk menutup mata terhadap segala penyelewengan yang dilakukan di depan matanya.
Mungkin Nik Aziz tidak mahu mengambil sebarang tindakan kerana dia sendiri dituduh mengamalkan nepotisme dengan melantik anak menantunya menerajui Perbadanan Menteri Besar Kelantan. Bagi Pas kuasa politik adalah segala-galanya, perkara lain seperti menegakkan keadilan sosial dan 'Negara Islam' seperti yang diperjuangakan selama ini sudah tidak menjadi penting.
Seperti contoh PRK Kuala Besut yang bakal berlangsung pada 24 Julai depan, sepatutnya Pas memberi laluan kepada Barisan Nasional kerana kerusi itu adalah kubu kuatnya. Malangnya Pas memilih untuk menentang BN atas slogan '16-16' kerana mahu memasti berlakunya Dewan Undangan Negeri tergantung sekiranya ia menang.
Jika ini berlaku apa kepentingan hanya kepada politik Pas untuk memporak-peranda politik Terengganu dan bukannay ada apa-apa kebaikan kepada rakyat negeri itu. Pas tidak memikirkan itu semua kerana parti itu sudah diresapi nilai-nilai Machiavelli yang menghalalkan apa jua cara untuk mencapai matlamat akhir.
No comments:
Post a Comment
Admin tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang diberikan... Harap komen yang diberikan tidak berbaur perkauman dan tidak berunsur lucah...