Setiausaha Agong UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, syarat tersebut merupakan satu daripada perkara terkandung dalam Perlembagaan UMNO yang baharu.
Katanya, calon yang layak bebas untuk bertanding tanpa memerlukan pencadang mahu pun penyokong.
"Siapa yang berhasrat untuk bertanding perlu mendaftar terlebih dahulu kemudian saya akan tetapkan satu hari untuk proses itu antara pukul 8 pagi hingga 5 petang di ibu pejabat UMNO.
"Kemudian saya akan meneliti semua senarai itu dan esoknya baharu diumumkan siapa boleh bertanding bermula daripada jawatan Presiden hingga Ketua Puteri," katanya.
Menurut Tengku Adnan, bagi ahli UMNO yang mahu bertanding jawatan MT pula mereka perlu memegang jawatan sebagai ahli jawatankuasa bahagian sekurang-kurangnya satu penggal.
Katanya, syarat ketat tersebut ditetapkan kerana pihaknya tidak mahu ada ahli yang tidak berkelayakan dan mempunyai niat tidak elok terhadap parti bertanding.
"Kita harap dengan kaedah ini dapat mengurangkan politik wang dan lebih menyeluruh di mana sesiapa yang rasa layak tidak perlu kawan-kawan calonkan terus boleh bertanding jawatan ketua bahagian atau Presiden dengan syarat ikut kriteria dan peraturan yang tetapkan," katanya.
Dalam pada itu, mengulas siri jelajah taklimat prosedur dan kaedah pemilihan UMNO yang berakhir Ahad lalu, katanya, rata-rata yang hadir bersetuju semua jawatan tertinggi dalam parti tidak ditandingi.
"Maklum balas yang kami dapat sangat baik, pada masa sama mereka juga meminta semua jawatan iaitu Presiden, Timbalan Presiden, Naib Presiden, MT, Ketua Pemuda dan Wanita tidak dipertandingkan," katanya.
No comments:
Post a Comment
Admin tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang diberikan... Harap komen yang diberikan tidak berbaur perkauman dan tidak berunsur lucah...