Darahsatriadotcom

Followers

Thursday, 22 August 2013

DAP Utama Kepentingan Peribadi!

DAP yang mempunyai 'barisan peguam hebat' dalam kalangan pemimpinnya seharusnya lebih memahami peraturan dan bukan bertindak di luar bidang kuasa ketika menguruskan perjalanan parti.

Bekas Ketua DAP Cawangan Jalan Bagan Luar, G. Asoghan berkata, ekoran tindakan sesetengah pemimpinnya mempunyai kepentingan peribadi menyebabkan parti terjerumus ke dalam kancah memalukan apabila terpaksa mengadakan semula pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC).

"Selama ini, pemimpin-pemimpin DAP seringkali melaungkan kononnya parti itu sebagai telus dan memperjuangkan kebenaran tetapi penyelewengan yang berlaku ketika pemilihan CEC tahun lalu membuktikan sebaliknya.


"Sehubungan itu, saya berharap parti dapat membuat jemputan secara telus kepada delegasi yang layak dan berhak mengundi dalam pemilihan semula CEC yang akan diadakan November ini.

"Kali ini, pastikan tiada perwakilan 'haram' yang didakwa diberi kuasa untuk mengundi. Saya hairan bagaimana perkara sebegini boleh berlaku kerana mereka ada peguam hebat dan berpengalaman," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas hadir ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini untuk membuat semakan mengenai tarikh sebutan kesnya mencabar DAP yang memecatnya daripada parti itu pada Jun lepas.

Menurut Asoghan, kesnya akan mula didengar pada 21 September ini dan beliau akan diwakili peguam V. Amereson.

Mengulas lanjut, Asoghan sekali lagi menegaskan, beliau masih ahli parti yang sah kerana jawatankuasa disiplin parti yang memecatnya terdiri daripada individu-individu yang memegang jawatan secara 'haram' kerana CEC lalu tidak sah.

"Sebenarnya saya masih sayangkan perjuangan DAP tetapi sangat berharap supaya pemimpin-pemimpin tertentu dalam parti mengubah sikap mereka," katanya.

No comments:

Post a Comment

Admin tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang diberikan... Harap komen yang diberikan tidak berbaur perkauman dan tidak berunsur lucah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...