Darahsatriadotcom

Followers

Monday 5 August 2013

Guan Eng Terus Cari Helah...

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng terus cuba memberi 'helah' untuk mengelak daripada mengadakan semula pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) parti seperti diarahkan Pendaftar Pertubuhan (ROS) apabila mengaitkan isu berkenaan dengan sistem kehakiman negara.

Menurut beliau, DAP tetap mahukan penjelasan kukuh daripada ROS sebelum parti itu mempertimbangkan untuk mengadakan semula CEC.

Beliau berkata, ROS tidak boleh sewenang-wenang memberikan alasan tidak berpuas hati dengan penjelasan DAP yang sememangnya tidak dapat diterima sehingga mahukan pemilihan semula itu diadakan.


"Mana boleh suka-suka cakap macam itu? Hari ini rasa tidak syok, suruh buat pemilihan semula. Kalau konsep ini dipakai di mahkamah, habislah Malaysia. Hakim kalau tidak syok, terus hukuman dijatuhkan, mana boleh begini?.

"Namun mahkamah tidak begitu, mereka ada prosedur yang perlu dipatuhi cuma ROS sahaja yang begitu," katanya ketika berucap merasmikan Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung, di sini hari ini.

Selasa lalu, ROS mengarahkan DAP mengadakan pemilihan semula CEC melalui sepucuk surat rasmi yang dihantar kepada parti itu.

ROS dalam surat itu dikatakan memberi alasan bahawa pihaknya tidak berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan DAP berhubung isu penyelewengan undi CEC.

Namun, DAP selepas itu seolah- olah cuba berdolak-dalik bagi mengelak daripada mengikut arahan ROS itu dengan mengenakan dua syarat kepada pertubuhan itu.

Guan Eng yang juga Ketua Menteri turut dilihat cuba meraih simpati daripada para hadirin dengan menyatakan tindakan DAP memperbetulkan kesilapan yang berlaku dalam pemilihan CEC lalu telah menyebabkan parti itu dihukum.

"Kita sedar ada kesilapan dan apabila membetulkan kesilapan itu, kita dihukum. Inilah Malaysia kalau kita jujur akan dihukum," ujarnya.

No comments:

Post a Comment

Admin tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang diberikan... Harap komen yang diberikan tidak berbaur perkauman dan tidak berunsur lucah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...