Pengikut-pengikut tegar Syiah di negara ini sanggup memohon untuk
keluar daripada Islam semata-mata mahu mengamalkan ajaran tersebut
secara terbuka.
Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Insan), Jabatan Kemajuan Islam
Malaysia (Jakim), Datuk Razali Shahabudin berkata, perkara itu
diketahui selepas menerima ratusan salinan surat permohonan daripada
pengikut fahaman terbabit.
Katanya, surat-surat yang turut disertakan bersama salinan kad
pengenalan pengikut itu dengan jelas berniat untuk mendapatkan
perkenan atau kelulusan Jakim bagi menukar agama.
"Kita tidak boleh berkompromi dalam konteks membanteras Syiah yang
semakin serius ini, sama ada kita sedar atau tidak, kita betul-betul
dicabar.
"Secara terang-terangan mereka menguji kekuatan iman dan kekuatan
pegangan kita sebagai Ahli Sunnah Wal Jamaah," katanya.
Kenapa Melayu bukan semua nya Islam? Non-Muslim Malays are agnostic, practise some form of witchcraft, converted or profess animist, atheist, Buddhist, Catholic, Christian, Hindu, pagan or free thinker. Buat tak sama cakap, IC name Islam, tabiat lain kenapa? Reference: Google.
ReplyDelete