Darahsatriadotcom

Followers

Wednesday 7 August 2013

Anwar, Karpal Perlu Budiman!


Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dan rakannya, Pengerusi DAP, Karpal Singh perlu bersikap budiman dengan membuat pengisytiharan harta dan akaun bank mereka.

Bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari berkata, selain keberanian mengisytiharkan harta, kedua-dua pemimpin pembangkang berkenaan perlu berani dan memberi kebenaran kepada Bank Negara Malaysia (BNM) menjalankan siasatan menyeluruh mengakses akaun bank mereka.

"Anwar terutamanya jangan suka berdolak-dalik dan menuding jari kepada UMNO dengan pendedahan itu.

"Apa yang boleh beliau lakukan ialah memberi kerjasama mengisytiharkan harta yang dimiliki dan membenarkan BNM menyiasat pendedahan itu," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.


Kelmarin, Pengerusi Kerusi Undang-Undang Jenayah, Jawatankuasa Peguam Negeri Pulau Pinang, Ranjit Singh Dhillon mendesak Anwar dan Karpal mengisytiharkan harta masing-masing bagi membersih nama mereka dalam isu pengedaran 'surat misteri' di kawasan Parlimen Permatang Pauh.

Selain Ranjit, Pemimpin Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) Kedah, Zamil Ibrahim turut menyokong desakan agar Anwar dan Pengerusi DAP itu mengisytiharkan harta masing-masing.

Awal minggu ini, bekas calon Barisan Nasional (BN) Permatang Pauh, Dr. Mazlan Ismail mendedahkan beliau telah menerima kira-kira 6,000 surat misteri bertajuk Bankleaks Anwar/Karpal yang menceritakan 'urus-niaga' antara Anwar dan Karpal.

Dalam nada sinis, Anuar berkata, kedua-dua pemimpin pembangkang yang lantang menyuarakan mengenai ketelusan seharusnya membuktikan sikap ketelusan tersebut dengan pendedahan baharu itu.

Katanya, pengisytiharan harta yang dilakukan kedua-dua pemimpin pembangkang itu dapat membersihkan nama mereka daripada terus berdolak-dalik.

''Anwar tiada pilihan, beliau perlu membuktikan kepada penyokongnya bahawa beliau benar-benar tiada duit ketika berkempen pada pilihan raya umum lalu," katanya.

Sementara itu, bekas Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang, Aminah Abdullah turut menyokong saranan tersebut kerana rakyat perlu tahu sumber kewangan Anwar dan Karpal.

Katanya, persiapan kempen pembangkang pada pilihan raya umum lalu, jelas bukti mereka mempunyai wang yang bank.

''Kalau tidak bersalah kenapa perlu takut untuk isytihar harta. Rakyat perlu tahu kebenaran daripada mana datangnya kewangan mereka itu," katanya.

No comments:

Post a Comment

Admin tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang diberikan... Harap komen yang diberikan tidak berbaur perkauman dan tidak berunsur lucah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...