Darahsatriadotcom

Followers

Friday 21 February 2014

Panas : Alat Perang Saraf Anwar?

Pengarah Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMcedel), Prof. Datuk Dr. Mohammad Redzuan Othman menafikan dakwaan bahawa kononnya beliau merupakan penyokong Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dekan Fakulti Sastera dan Sains Sosial UM itu menolak dakwaan beberapa blogger dalam laman media sosial kononnya beliau merupakan sahabat baik kepada Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat itu.

"Mereka ungkit saya kenal Anwar Ibrahim. Saya kenal Anwar pada tahun 1970-an. (Datuk Seri Dr. Ahmad) Zahid Hamidi dan (Tun) Dr. Mahathir (Mohamad) baik dan kenal dengan Anwar lebih lama.

"Kalau setengah tu jumpa Anwar cium tangan. Saya boleh kira menteri jumpa Anwar cium tangan. Saya tak pernah cium tangan Anwar," katanya.


Dr. Mohammad Redzuan ditemui selepas membentangkan Kajian Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) N25 Kajang di Universiti Malaya di sini hari ini.

"Saya punya sasaran lebih kepada akademik sebenarnya. Saya tidak layan sangat blogger ini yang tiga perempat daripada mereka tidak betul.

"Saya membentangkan kajian secara akademik, oleh itu bincang secara akedemik," tegas Dr. Mohammad Redzuan.

Dr. Mohammad Redzuan menjadi sasaran beberapa blogger di laman sosial apabila kajian yang dilakukan UMcedel didakwa cenderung memihak kepada Pakatan Rakyat.

Dr. Mohammad Redzuan antara lain didakwa merupakan kawan Anwar dan menjadi alat perang saraf kepada Ketua Pembangkang itu. 


Sumber : Utusan Malaysia Online

No comments:

Post a Comment

Admin tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang diberikan... Harap komen yang diberikan tidak berbaur perkauman dan tidak berunsur lucah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...