"Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah sebelum menemui insan yang betul supaya apabila kita akhirnya menemui insan yang betul, kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur dengan nikmat pemberian dan hikmah di sebalik pemberian tersebut."
Sunday, 21 April 2013
Panas : Bila Keputusan Anwar Ditentang PAS..
Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertahankan tindakannya meletakkan Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai "Chegubard" sebagai calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Acheh walaupun tindakan itu mendapat tentangan Pas.
Katanya, pertembungan calon PKR dan Pas di kerusi DUN itu adalah disebabkan salah faham kedua-dua parti ketika mencalonkan wakil masing-masing.
Panas : Kit Siang Aibkan UMNO!
Kehadiran Naib Presiden Pas, Salauddin Ayub dan Penasihat DAP dalam ceramah politik di Taman Pulai Utama, Nusajaya dekat sini malam tadi gagal menarik minat orang ramai apabila tidak lebih 200 orang sahaja menghadirinya.
Ceramah oleh Salahuddin yang juga calon Pas bagi Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Nusajaya itu bukan sahaja dibumbui dengan janji-janji yang belum pasti bahkan penuh dengan puji-pujian kepada diri sendiri.
Panas : Inilah Yang Terjadi Bila Tidak Sehaluan!
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menerima sebanyak 579 kertas penamaan calon bagi 222 kerusi Parlimen dan 1,324 bagi 505 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) sepanjang tempoh penamaan calon hari ini.
Setiausaha SPR, Datuk Kamaruddin Mohamed Baria berkata, daripada jumlah itu, tiga kertas pencalonan untuk kerusi DUN ditolak namun tiada pencalonan untuk kerusi Parlimen yang ditolak.
Saturday, 20 April 2013
Mengapa Team Anwar Ibrahim Perlu Diketepikan!
Negara perlu kerajaan stabil, pencapaian mantap, ada pengalaman memerintah
Barisan Nasional (BN) menggariskan enam faktor mengapa rakyat perlu terus memilih parti itu untuk menerajui kepemimpinan negara selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) bagi memburu impian dan harapan rakyat serta negara.
Barisan Nasional (BN) menggariskan enam faktor mengapa rakyat perlu terus memilih parti itu untuk menerajui kepemimpinan negara selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) bagi memburu impian dan harapan rakyat serta negara.
Harapan Anwar Ibrahim Bakal Terkubur!
Siapa sebenarnya yang lebih membawa harapan rakyat?
Jika hendak dibandingkan antara kedua-dua manifesto Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR), dan juga rekod prestasi pentadbiran kedua-dua parti politik berkenaan, jelaslah BN lebih mampu menawan kebolehpercayaan rakyat.
Hal ini berikutan kerana setiap janji ditepati dan setiap janji-janji baru akan lebih banyak membawa kesejahteraan kepada rakyat jelata dari setiap lapisan masyarakat.
BN bawa harapan untuk semua rakyat Malaysia. Pakatan hanya bawa harapan untuk Anwar Ibrahim.
Sudut Pandang PRU : Mandat 2013 Untuk Apa?
Selepas
sekian lama menunggu, tarikh Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 sudah diumumkan
selepas Yang di-Pertuan Agong memperkenankan pembubaran Parlimen pada 3 April
2013.
Maka, 20 April 2013, sudah ditentukan sebagai hari penamaan calon
manakala 5 Mei 2013 pula hari pengundian. Seramai 13.3 juta pengundi berdaftar
dalam pemilihan 222 kawasan Parlimen dan 505 kerusi Dewan Undangan Negeri di
seluruh negara kecuali Sarawak.
Siapakah
yang akan mendapat mandat kali ini di peringkat Parlimen dan negeri-negeri? Apakah
matlamat mandat itu diberikan kepada parti dan calon? Siapakah yang boleh
menjadi penentu kepada faktor penarik dan penolak dalam konteks PRU?
Subscribe to:
Posts (Atom)