Darahsatriadotcom

Followers

Monday, 17 June 2013

Hanya Sandiwara Anwar!

Ahli Parlimen Pakatan Rakyat tidak akan memboikot persidangan parlimen ke-13, kata Pengerusi DAP, Karpal Singh. 

Beliau berkata Ahli Parlimen pembangkang daripada DAP, PKR dan PAS dijangka mengangkat sumpah di Parlimen pada 24 Jun. 


"Saya mendapat tahu semua mereka, termasuk penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menghadiri persidangan parlimen," kata Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu kepada pemberita ketika melakukan kunjungan mingguannya ke pasar Air Itam di sini hari ini. 

Karpal berkata demikian bagi mengulas laporan bahawa Ahli Parlimen PKR mungkin menimbang untuk memboikot upacara angkat sumpah pada sidang parlimen baharu yang bermula 24 Jun. 

Sunday, 16 June 2013

UMNO Perlukan Perubahan Segera!

Ahli UMNO diseru supaya mengimbangi antara prinsip perpaduan dan demokrasi dalam pemilihan parti itu pada perhimpunan agung akan datang demi memelihara keutuhan dan kesejahteraan parti. 

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, berkata jika dua prinsip itu gagal diseimbangkan setiap anggota parti, UMNO mungkin boleh terjerumus dalam perpecahan. 


"Bagi saya UMNO adalah parti paling demokratik dalam Malaysia kerana kita mempertandingkan setiap jawatan. Bukan seperti parti pembangkang di mana mereka lantik jawatan seperti Ketua Umum, Penasihat dan Mursyidul Am. 

Penjawat Awam Bakal Terima Durian Runtuh...

Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) berharap kerajaan dapat melaksanakan penyelarasan elaun tetap perumahan dan sara hidup (COLA) penjawat awam pada tahun ini. 

Presidennya, Datuk Omar Osman, berkata dua perkara itu merupakan isu tertunggak dan berharap pelarasan dibuat dengan kadar segera kerana kos sara hidup semakin meningkat. 


"Kita perlu selaraskan semua elaun, termasuk elaun Cola, bagi mereka yang tinggal di kuarters," katanya kepada pemberita pada persidangan perwakilan Cuepacs Kedah Sesi 2013-2016 di Kompleks Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) di sini, hari ini. 

Saturday, 15 June 2013

Tahap Kepuasan Rakyat Dikaji...

Kerajaan melantik sebuah syarikat perunding bebas antarabangsa menjalankan kajian dan penyelidikan sistematik bagi mengukur tahap kepuasan serta rasa selamat rakyat di negara ini.

Pengerusi Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Bukit Aman, Datuk Ayob Yaakob, berkata pelantikan Frost & Sullivan membuktikan kesungguhan kerajaan menangani isu berkaitan keselamatan dan profesionalisme polis. 


Pegawai Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengadakan perbincangan dengan syarikat terbabit kelmarin, bagi mencari hasil kajian terbaik untuk diguna pakai bagi membantu meningkatkan kualiti perkhidmatan kepada rakyat, katanya. 


Beliau berkata demikian selepas mengadakan sesi penerangan tertutup mengenai penubuhan Jabatan Pencegahan Jenayah dengan pegawai kanan polis negeri, termasuk ketua polis daerah di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPPK) Selangor, di sini, semalam.

Kerajaan Lembut?

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menyarankan kerajaan supaya tidak lagi berlembut dan memberi muka kepada pembangkang yang berterusan memperlekeh sistem demokrasi negara.

"Kita perlu keras sikit jangan bagi muka sangatlah," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis makan malam sempena Dialog Antarabangsa Langkawi (LID) 2013, di sini semalam.

Beliau berkata, sikap pembangkang yang pada mulanya bersungguh-sungguh mahu mengiktiraf pilihan rakyat bertukar sekelip mata apabila mereka gagal memperoleh sokongan majoriti rakyat dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), 5 Mei lalu.

Desakan Pembangkang Bodoh!

Desakan Parti Keadilan Rakyat (PKR) agar seluruh kepemimpinan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) meletak jawatan kerana tidak boleh menerima kekalahan adalah idea bodoh dan mereka yang membuat desakan tersebut tidak layak menjadi Ahli Parlimen.
 
Timbalan Wrip Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz sehubungan itu berkata, jemaah menteri tidak akan sesekali tunduk kepada desakan bodoh berkenaan kerana tidak mungkin sistem pilihan raya di Malaysia berlaku penipuan seperti dituduh pembangkang.

Jelasnya, pilihan raya umum di Malaysia baik di peringkat persekutuan dan negeri berlangsung secara serentak oleh pengundi sama, diperhati wakil ejen setiap calon bertanding, ada senarai daftar pemilih serta dakwat kekal yang tidak memungkinkan sebarang penipuan berlaku.

Mat Sabu Bermain Api!

Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu bukan sahaja berbohong mengenai fakta kematian ketika dalam tahanan polis malah sengaja mahu 'bermain dengan api' apabila menghasut kaum India membenci kerajaan dan pasukan keselamatan itu.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, kenyataan dikeluarkan adalah keterlaluan kerana kaum India bukan golongan yang mencatatkan jumlah kematian tertinggi berhubung perkara tersebut.

"Itu adalah bohong, yang banyak mati sebenarnya adalah kaum Melayu dan bukannya orang India, apa yang disebut oleh Mohamad Sabu bukan sahaja tidak tepat, malah berbaur hasutan kerana membangkitkan soal etnik dan bangsa.

DUN Sabah Menidakkan Pihak Pembangkang!

Keperluan untuk melantik seorang ketua pembangkang semasa sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) tidak timbul kerana ia sememangnya tidak termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan atau undang-undang di negeri ini.

Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Sabah, Datuk Seri Salleh Tun Said berkata, ia juga tidak terdapat dalam peraturan mesyuarat DUN yang menetapkan perlunya seorang ketua pembangkang.

''Seseorang ketua pembangkang dipilih hanya berdasarkan konvensyen, jadi jika parti pembangkang ingin berbuat demikian, kemukakan kepada pihak kita dan kita akan ambil tindakan," katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri majlis Angkat Sumpah DUN Sabah di Bangunan Dewan Undangan Negeri di sini hari ini.

Friday, 14 June 2013

Adoyai... Husam Oh Husam!

Selepas berdiam diri selama beberapa minggu kerana tidak lagi dipilih menjadi Exco kerajaan negeri, Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa tampil pada perhimpunan pakatan pembangkang malam tadi, dengan mendakwa pemimpin Pas yang tidak menyokong himpunan tersebut sebagai pengkhianat parti.
 
Timbalan Pesuruhjaya II Pas Kelantan itu berkata, mereka adalah pemimpin yang lupa asal-usul dan bukan sahaja menolak semangat anak muda yang mahukan perubahan tetapi mengkhianati dakwah yang diasaskan oleh pimpinan Pas terdahulu.

Dalam ucapannya, Husam turut menyindir pemimpin Pas yang menjadi Ahli Parlimen supaya tidak hanya 'mengayuh basikal siang dan malam' di luar Parlimen sebaliknya rakyat akan menilai mereka pada persidangan Dewan Rakyat tidak lama lagi.

Husam Cetus Persoalan!

Bekas Exco yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Salor, Datuk Husam Musa hari ini mencetuskan persoalan apabila memohon tidak menghadiri majlis angkat sumpah yang berlangsung di Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini.

Lebih mengejutkan apabila Speaker DUN, Abdullah Ya‘kub turut memaklumkan bahawa Timbalan Pesuruhjaya II Pas Kelantan itu memohon untuk tidak hadir sepanjang tempoh persidangan DUN kali ini yang dijadual bermula Ahad ini.

Sedangkan Husam, pada malam tadi telah menghadiri perhimpunan pakatan pembangkang di Padang Majlis Daerah Ketereh, kira-kira 20 kilometer dari Kota Darulnaim yang turut disertai Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...