Datuk Seri Najib Razak berkata
pembaharuan tidak boleh dilakukan secara terburu-buru atau dalam sekelip mata.
Perdana Menteri berkata, Malaysia memerlukan sebuah kerajaan yang kuat untuk mempercepatkan dan menjayakan proses transformasi yang dirancangnya.
Perdana Menteri berkata, Malaysia memerlukan sebuah kerajaan yang kuat untuk mempercepatkan dan menjayakan proses transformasi yang dirancangnya.
“Kerajaan yang lemah akan
menyebabkan ketidakstabilan dan ketidaktentuan. Sesebuah negara tidak boleh
terus bertahan untuk lima tahun akan datang jika dilihat kepada faktor ekonomi
luaran yang dijangka lemah dan tidak menentu.
“Oleh itu, Malaysia memerlukan
sebuah kerajaan yang kuat. Majoriti yang kurang akan menjejaskan usaha
mengatasi bajet defisit dan meningkatkan pelaburan,” katanya dalam wawancara
dengan agensi berita Reuters mengenai pilihan raya umum di sini, semalam.
Najib yang mengambil tampuk
pemerintahan negara pada 2009 telah menerapkan pelbagai dasar dan transformasi
untuk meningkatkan pertumbuhan ekonomi dengan mempertingkatkan ketelusan serta
merombak dasar yang dianggap pilih kasih.
Bajet defisit dikurangkan
Bajet defisit berjaya dikurangkan kepada 4.5 peratus tahun lalu daripada lebih 6 peratus apabila menjadi Perdana Menteri.
Malah, kebanyakan kontrak kerajaan ditawarkan menerusi tender terbuka dan perbelanjaan kerajaan juga mengambil kira keperluan dan bukan kaum.
Dasar utama pentadbiran beliau ialah Program Transformasi Ekonomi (ETP) bernilai AS$444 bilion (RM1,376 bilion) bertujuan meningkatkan pendapatan perkapita kepada AS$15,000 (RM46,500) menjelang 2020. ETP beliau turut mendapat pujian pelabur.
UMNO yang mengetuai Barisan Nasional (BN) juga dikatakan mampu mengalahkan pakatan pembangkang dalam pilihan raya umum yang dijadualkan tidak lama lagi.
Selain tidak sepakat, Najib menyifatkan dasar pembangkang termasuk memberi pendidikan universiti percuma akan memburukkan ekonomi Malaysia dan meningkatkan defisit negara.
Disalah guna
“Perkataan perubahan sudah banyak kali disalah guna. Anda pun tahu dengan Arab Spring... tidak membawa keuntungan (untuk rakyat),” kata Najib.
Ditanya mengapa subsidi minyak belum dihapuskan bagi menyekat hutang terus meningkat, beliau menegaskan langkah itu tidak akan dilakukan dengan terburu-buru sekalipun kerajaannya kini lebih kuat berbanding 2008.
“Jika kamu cuba lakukannya (perubahan) dengan cepat seperti sesetengah negara lain, ekonomi akan menguncup secara besar-besaran.
“Kami tidak mampu menanggung kesannya. Kami perlu menjalankan dasar yang membantu ekonomi berkembang selain dasar fiskal bertanggungjawab,” katanya.
No comments:
Post a Comment
Admin tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang diberikan... Harap komen yang diberikan tidak berbaur perkauman dan tidak berunsur lucah...