Lebih lewat Parlimen
dibubarkan, semakin banyak pembohongan pakatan pembangkang dapat dinilai
rakyat, sekali gus menolak pembangkang pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).
Perlanjutan tempoh pembubaran Parlimen berbanding semalam yang dijangka banyak pihak, mempunyai hikmah bagi memberi peluang rakyat menyaksikan lebih banyak penipuan dan ‘wayang’ pembangkang, terutama di negeri dikuasai mereka.

Rakyat dapat menilai taktik kotor
pemimpin pembangkang seperti Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid
Ibrahim, yang asyik berdolak-dalik dalam menentukan tarikh pembubaran Dewan Undangan
Negeri (DUN) daripada Februari lalu kepada 22 April depan.
Presiden Parti Liberal Demokratik (LDP), Datuk VK Liew, berkata beliau dan pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) lain sudah beberapa kali bertemu Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Razak dan dalam setiap pertemuan itu Najib sentiasa berpesan supaya tidak menjadikan tarikh pembubaran Parlimen sebagai bebanan besar dalam memastikan rakyat tetap memberikan kepercayaan kepada BN.
“Memang kami selalu berjumpa Pengerusi BN. Ramai orang kata hari ini (semalam) Parlimen akan dibubarkan tetapi saya tidak terima apa-apa arahan Perdana Menteri untuk hadir di Putrajaya hari ini (semalam).
“Saya masih boleh menghadiri program di kawasan saya di sini (Parlimen Sandakan),” katanya ketika dihubungi di Sandakan semalam.
Beliau mengulas pertemuan presiden parti komponen BN dengan Najib sebelum ini yang dikatakan bertujuan membincangkan tarikh pembubaran Parlimen yang dijangkakan semalam.
30 April - Parlimen Automatik Terbubar
Sementara itu, Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub, berkata Najib berkemungkinan ingin mencipta sejarah Perdana Menteri pertama membiarkan Parlimen terbubar secara automatik pada 30 April depan.
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, dilaporkan berkata, Parlimen bubar secara automatik pada 30 April dan bukan 28 April.

No comments:
Post a Comment
Admin tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang diberikan... Harap komen yang diberikan tidak berbaur perkauman dan tidak berunsur lucah...