Lahad Datu: Pengganas wanita yang
ditahan ketika pertempuran dengan pasukan keselamatan di Kampung Tanjung Batu
dekat sini, kelmarin, ditemui dalam keadaan lemah dipercayai terputus bekalan
makanan sejak dua minggu lalu.
Wanita berusia 40-an itu juga mengaku tidak mempunyai tenaga lagi untuk bertempur dan hanya bersembunyi dalam paya sambil mendengar pergerakan pasukan keselamatan.
Wanita berusia 40-an itu juga mengaku tidak mempunyai tenaga lagi untuk bertempur dan hanya bersembunyi dalam paya sambil mendengar pergerakan pasukan keselamatan.
Sumber pasukan keselamatan berkata,
pengakuan itu dibuat suspek ketika disoal siasat sejurus ditahan selepas
pertempuran yang turut menyaksikan seorang pengganas lelaki ditembak mati,
manakala seorang anggota tentera dari pasukan Grup Gerak Khas (GGK) cedera
terkena serpihan peluru di pergelangan tangan kiri.
Anggota tentera dengan kenderaan
perisai melakukan operasi pembersihan
di Kampung Tanjung Batu, semalam.
Buang air dalam paya
“Ketika disoal siasat, pengganas wanita itu sangat lemah hingga hendak bercakap pun tiada upaya. Dia juga mengaku dapat bertahan dengan minum air paya selain membuang air dalam paya berkenaan.
Sumber : Berita Harian Online
No comments:
Post a Comment
Admin tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang diberikan... Harap komen yang diberikan tidak berbaur perkauman dan tidak berunsur lucah...