Penubuhan Kawasan Keselamatan Khas
Timur Sabah (ESSCOM) akan membabitkan penyelarasan kerjasama antara tiga
komponen, iaitu penduduk setempat, pasukan tentera dan pihak polis bagi
membanteras ancaman pengganas.
Sehubungan itu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata satu mesyuarat diadakan semalam bagi merangka strategi bagaimana mahu membabitkan orang ramai, terutama masyarakat setempat dalam ESSCOM.

“Kementerian Dalam Negeri (KDN)
berpendapat benteng pertahanan pertama mestilah masyarakat setempat, sebab itulah
anggota RELA, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), Jawatankuasa Kemajuan
dan Keselamatan Kampung (JKKK) serta Ketua Kampung digerakkan untuk usaha ini.
“Mereka ini boleh menjadi mata dan telinga pasukan keselamatan negara selain berperanan membendung penyebaran khabar angin, sekali gus memberi keyakinan kepada rakyat Sabah bahawa negeri itu selamat.
Kenal pasti kawasan
“Kita dah kenal pasti beberapa kawasan bagi penubuhan ESSCOM. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, akan membuat pengumuman mengenainya dalam masa terdekat,” katanya pada sidang media di sini semalam.
Katanya, KDN sudah mengambil perhatian mengenai keperluan kabin, balai, Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) serta lima batalion yang perlu ditempatkan di kawasan berkenaan.
Penubuhan ESSCOM diumumkan Perdana
Menteri 7 Mac lalu, ketika meninjau operasi pasukan keselamatan membanteras
pengganas di Kampung Tanduo, Lahat Datu dan kini pada peringkat akhir
pelaksanaan.
Dalam pada itu, Hishammuddin juga memaklumkan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman, akan melancarkan unit rondaan bermotor pasukan polis di Kota Kinabalu hari ini dan di Sandakan pada hari berikutnya dalam usaha memberi keyakinan kepada penduduk Sabah bahawa negeri itu selamat.

No comments:
Post a Comment
Admin tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang diberikan... Harap komen yang diberikan tidak berbaur perkauman dan tidak berunsur lucah...