Menampilkan tiga orang panel iaitu
bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin; Profesor Pendidikan
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof. Datuk Dr. Sidek Baba dan
bekas Naib Canselor Universiti Malaya (UM), Prof. Datuk Dr. Hashim Yaacob,
wacana hampir dua jam itu sarat dengan peringatan untuk anak bangsa dalam
'mengayuh' masa depan atas nama perjuangan Melayu.
Malah, anak bangsa juga ditiup puisi
bernada 'amaran' oleh Dr. Hashim agar mereka tidak mati di bumi berdaulat ini
sebagai penderhaka. Juga, ingatan untuk mereka agar mempertahan kubu negara
selain tidak menjadi pengkhianat dengan 'mengagung-agungkan' penderhaka di
tanah tumpah darah ini.
''...Ini kedaulatan bangsa,
Ini maruah negara,
Kita pertahan,
Kita jaga,
Aduhai saudara,
Jangan saudara bawa penderhaka
ke dalam kota kita,
Jangan saudara bawa penderhaka
ke dalam kubu kita."
Itu antara bait-bait puisi ringkas
yang dirakam menerusi luahan ikhlas beliau yang tersentuh dengan senario
kedudukan semasa Melayu di bumi sendiri termasuk sikap anak bangsa yang sedikit
terleka dek omongan kosong sang petualang bangsa.
Ini tegasnya, telah menjadikan
Melayu yang suatu ketika dahulu hanya berbeza ideologi dalam skala kecil, kini
mula membesar seperti dinyatakan oleh Zaini di dalam tulisannya. Sedikit
sedutan daripada penulisan tersebut, tegas Zaini, secara kasar, orang Melayu
sekarang sudah terdiri daripada beberapa pecahan golongan. Mereka yang dulunya
majoriti, sudah menjadi minoriti.
Layari link ini untuk artikel penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20130326/re_03/Jangan-mati-sebagai-penderhaka-si-Tanggang#ixzz2OofVPdiz
No comments:
Post a Comment
Admin tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang diberikan... Harap komen yang diberikan tidak berbaur perkauman dan tidak berunsur lucah...