Darahsatriadotcom

Followers

Friday 29 March 2013

Wajib Tahu : Bukan Kerajaan Haram Lepas Bubar DUN...



27 Mac 2013! Bermakna, Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan telah genap mandat lima tahun. 

Sebuah kerajaan sementara akan wujud secara automatik (selepas DUN terbubar dengan sendiri), untuk menguruskan negeri ini sehinggalah tarikh Pilihan Raya Umum Ke-13 diumumkan kelak.

Kerajaan Negeri Sembilan sedia ada masih sah mengikut sistem demokrasi berparlimen atau Westminster yang diamalkan di negara ini, walaupun selepas DUN terbubar secara automatik.

Menerusi sistem tersebut, kuasa pemerintahan sama ada negeri atau Persekutuan terbahagi kepada tiga bahagian iaitu perundangan, kehakiman dan pentadbiran atau eksekutif, yang mana jika DUN mencapai tempoh genap lima tahun, hanya perundangan iaitu kuasa oleh wakil rakyat yang akan terbubar, sementara kehakiman dan pentadbiran masih wyjud dan perlu dijalankan.

Oleh kerana wujud amalan pemisahan kuasa ini maka apabila sampai tarikh matang 27 Mac 2013 (hari ini), hanya DUN yang akan terbubar tapi eksekutif dan kehakiman masih ada.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan dalam ulasannya berhubung perkara ini memberitahu, dakwaan yang menyebut kerajaan negeri ini akan menjadi sebuah kerajaan haram jika terus beroperasi selepas 27 Mac 2013 (hari ini) adalah tidak tepat dan boleh mengelirukan rakyat.

Selepas DUN terbubar, kerajaan sementara di bawah kuasa eksekutif atau pentadbiran akan tertubuh di mana fungsinya adalah untuk meneruskan pentadbiran dan pengurusan kerajaan negeri. Isu kerajaan negeri ini akan menjadi kerajaan haram selepas DUN terbubar sepatutnya tidak timbul," kata Mohamad.


No comments:

Post a Comment

Admin tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang diberikan... Harap komen yang diberikan tidak berbaur perkauman dan tidak berunsur lucah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...