Keputusan pendakwah dan ilmuan tersohor tanah air, Prof. Datuk Dr. Sidek Baba meninggalkan bekas sahabat karibnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah satu keputusan tepat dan wajar dikaji oleh rakyat Malaysia apa sebab atau puncanya beliau berbuat demikian.
Bekas
Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Dr. Yusri Mohamad berkata,
beliau percaya keputusan Sidek meninggalkan Anwar yang sudah dikenalinya hampir
40 tahun disokong oleh fakta kerana tiga tahun beliau 'berkelana' mengkaji
kebenaran mengenai salah laku moral.
Katanya,
bukan satu tindakan mudah untuk mana-mana pihak meninggalkan pemimpin politik
seperti Anwar, apatah lagi jika telah sekian lama bersahabat baik dan sudah
tentu ada faktor pendorong cukup kuat sehingga memungkinkan Sidek mengambil
pendirian seperti itu.
"Saya
mengenali rapat Sidek kerana kami sama-sama membesar dalam ABIM. Beliau cukup
dihormati kerana ketinggian ilmu serta sifat tawaduk. Saya mengakui, saya
antara individu pertama menemui Sidek dalam pencariannya mengkaji kebenaran
mengenai moral Anwar.
"Kami
berbincang mengenai kes liwat membabitkan Mohd. Saiful Bukhari Azlan dan juga
masalah qazaf. Kes Mohd. Saiful berbeza dengan kes 1998 kerana ketika itu
tuduhan liwat dibuat pihak ketiga tetapi dalam kes ini mangsa sendiri yang
membuat laporan polis terhadap Anwar,'' katanya ketika dihubungi di sini hari
ini.
Yusri
mengulas mengenai pendedahan Sidek bahawa keruntuhan moral Anwar merupakan satu
daripada tiga faktor utama mengapa beliau membuat keputusan meninggalkan Ketua
Pembangkang itu selepas menemubual seramai 28 saksi hidup.
Mengenai qazaf kata Yusri, sesuai dengan latar pendidikannya dalam syariah, beliau menjelaskan kepada Sidek bahawa dalam kes tersebut, qazaf tidak sesuai sebaliknya perlu melihat bukti secara keseluruhan sesuai dengan zaman sekarang.
Beliau
menambah, rakyat Malaysia perlu membuka mata mengapa individu-individu
berintegriti tinggi seperti Sidek, bekas pengasas ABIM, Ismail Mina Ahmad dan
bekas Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr. Chandra Muzaffar
akhirnya memilih untuk meninggalkan Anwar.
Tegasnya,
adalah mustahil bagi individu-individu terbabit yang telah bersahabat dengan
Anwar berpuluh tahun malah sanggup dipenjara di bawah Akta Keselamatan Dalam
Negeri (ISA) akhirnya mengambil ketetapan meninggalkan Ketua Pembangkang itu
jika tiada sebab musabab.
"Mereka
merupakan tokoh berintegriti tinggi. Jangan kita mudah kaitkan setiap
pendedahan yang dibuat kononnya mereka ini dibeli.
"Bukan
semua orang boleh dibeli. Saya mengenali mereka dan yakin apa yang diceritakan
adalah demi agama, bangsa serta negara," ujarnya.
Sumber : © Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment
Admin tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang diberikan... Harap komen yang diberikan tidak berbaur perkauman dan tidak berunsur lucah...