Darahsatriadotcom

Followers

Friday 26 April 2013

Anwar Semakin Kalut!

Kisah-kisah negatif lampau membabitkan bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib terus diungkit pemimpin pakatan pembangkang dengan terbaru oleh Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar dalam ucapannya di Felda Lepar Hilir 1 petang semalam, Anwar menceritakan beliau sendiri telah meminta beberapa pemimpin UMNO meletak jawatan ketika di tampuk kuasa dulu termasuk Muhammad kerana dakwanya, mempunyai skandal rasuah.


Namun apabila terdengar teriakan "dia dah masuk Pas" daripada sebahagian penyokong pembangkang yang mendengar ucapannya itu, Anwar tidak jadi meneruskan kisah mengenai Muhammad.

"Ha... Ini cerita dululah ni," katanya di hadapan kira-kira 150 orang yang mendengar ucapannya itu termasuk calon PKR Parlimen Paya Besar, Murnie Hidayah Anuar.

Kelmarin, Pengerusi DAP, Karpal Singh tanpa berselindung membantah kemasukan Muhammad ke dalam Pas kerana menganggap pemimpin veteran itu "tidak bersih".

Sumber : © Utusan Melayu (M) Bhd

No comments:

Post a Comment

Admin tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang diberikan... Harap komen yang diberikan tidak berbaur perkauman dan tidak berunsur lucah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...