Darahsatriadotcom

Followers

Friday 26 April 2013

Terserlah Taktik Kotor Pembangkang!

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, tindakan pembangkang seperti Ketua Publisiti DAP, Dr. Hew Kuan Yau yang menggelarkan orang Melayu, Cina dan India yang menyokong BN sebagai bodoh adalah taktik kotor sedangkan kempen pilihan raya sepatutnya berlangsung dengan cara berhemah.

"Keghairahan pembangkang nampak lebih agresif macam esok sudah tiada lagi masa untuk mereka.

"Itu cara pembangkang, dia bukan sahaja boleh mengata orang, yang pandai semua dia sahaja...Bagi dia BN semuanya bodoh-bodoh, termasuk saya pun.


"Sepatutnya (kempen) harus melihat kepada isu, prinsip, dan dasar perjuangan supaya rakyat boleh membuat perbandingan.

"Kalau melibatkan personaliti kita juga boleh mengata calon-calon mereka kalau kita nak sebut keburukan, tetapi itu bukan cara berhemah...bukan cara berkempen dengan baik," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikian 1Malaysia Support For Housewives (1MS4HW) dan Karnival Azam Kerja 1Malaysia di Dataran Segamat, di sini hari ini.
Muhyiddin turut menyuarakan kebimbangannya mengenai serangan bom yang berlaku di Nibong Tebal, Pulau Pinang pada malam Rabu lalu.

Beliau bagaimanapun mahu semua pihak menyerahkan kepada pihak polis untuk menyelesaikan kes itu yang disifatkan beliau amat serius kerana seolah bertujuan menimbulkan ketakutan dan kekacauan.

Sumber : © Utusan Melayu (M) Bhd

No comments:

Post a Comment

Admin tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang diberikan... Harap komen yang diberikan tidak berbaur perkauman dan tidak berunsur lucah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...