Darahsatriadotcom

Followers

Tuesday, 9 April 2013

Panas : Hindraf Kurang Ajar!

Hindraf yang sebelum ini menyatakan kekecewaan mereka terhadap manifesto pakatan pembangkang turut menolak manifesto yang dilancarkan Barisan Nasional (BN) semalam sambil menyatakan bahawa intipatinya tidak menepati tuntutan kumpulan itu.

Walaupun pelbagai usaha telah dilaksanakan kerajaan BN untuk semua kaum di negara ini, Hindraf terus mendakwa peruntukan dijanjikan kerajaan masih gagal dinikmati oleh kaum itu.


Melalui blog Antarapos, Pengerusi Hindraf, P. Uthayakumar mendakwa, apa yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam itu sekadar 'janji manis' yang hanya mungkin dapat dinikmati oleh sebilangan kecil kaum India di negara ini.

Dalam manifesto BN yang diumumkan semalam, kerajaan akan menyediakan dana saham amanah RM500 juta untuk meningkatkan pegangan ekuiti komuniti India di samping menubuhkan Unit Khas bagi memastikan kejayaan pelaksanaan dasar untuk mempertingkatkan kehidupan kaum itu.

Blog tersebut turut menyatakan bahawa Uthayakumar mengulangi tuntutan hak kesamarataan dalam bidang pendidikan, ekonomi dan sosial untuk masyarakat India di negara ini.

Uthayakumar sebelum ini turut menyifatkan manifesto yang dibentangkan pakatan pembangkang Februari lalu sebagai tidak memenuhi kepentingan kaum India.

Menurut blog itu lagi, beliau bakal bertanding sebagai calon Bebas di Parlimen Kota Raja dengan hasrat untuk memartabatkan kaum India.

Sumber : © Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment

Admin tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang diberikan... Harap komen yang diberikan tidak berbaur perkauman dan tidak berunsur lucah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...