Darahsatriadotcom

Followers

Sunday, 7 April 2013

'Pelacur Politik' Berkuasa?

Rakyat Selangor diingatkan agar tidak memberi peluang dan ruang kepada pemimpin politik yang sanggup menjual kedaulatan negara serta perpaduan rakyat hanya kerana mahu berkuasa.

Menggelarkan pemimpin seumpama itu sebagai 'pelacur politik', Setiausaha Agung Jalur Tiga (Jati), Norman Toha berkata, golongan tersebut akan berbuat apa sahaja bagi memuaskan nafsu politik mereka.

"Rakyat jangan pertaruhkan masa depan kepada golongan pelacur politik ini. Jangan beri peluang kepada mereka walau satu saat sekali pun.

"Pelacur politik ini sanggup menjadi tangan dan agen (kepada pihak) asing selain mencabar institusi raja-raja Melayu, mencabar kontrak sosial dengan memecahbelahkan rakyat," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di hadapan 15,000 hadirin dalam majlis perhimpunan 'Sayangi Selangor' anjuran Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) di sini hari ini.

Bekas aktivis Pas itu turut mengingatkan rakyat bahawa golongan pelacur politik itu turut mengingkari amanah yang diberikan kepada mereka meskipun telah diberi kuasa ketika pilihan raya umum lalu.

"Di Selangor sebagai contoh, mereka tidak melaksanakan janji kepada rakyat selain mengatakan manifesto mereka itu bukan sebagai perjanjian.

"Maka dalam pilihan raya umum akan datang jangan kita beri undi kepada mereka walaupun satu undi," tegasnya. 

Sumber : © Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment

Admin tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang diberikan... Harap komen yang diberikan tidak berbaur perkauman dan tidak berunsur lucah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...