Darahsatriadotcom

Followers

Monday, 15 April 2013

Pendedahan : Gabungan Pakatan Pembangkang Hanya Sandiwara!

Perebutan kerusi antara Pas, PKR dan DAP dalam meletakkan calon masing-masing di beberapa kawasan jelas memperlihatkan pakatan pembangkang hanya bersatu atas kertas dan bukan seperti yang diuar-uar para pemimpin mereka selama ini.

Bekas Setiausaha Biro Penerangan Pemuda PKR, Nordin Ahmad berkata, situasi ini jelas membuktikan sikap sebenar mereka yang tidak boleh mentadbir bersama seperti yang dicanang dalam siri jelajah dan ceramah yang dibuat seluruh negara.


Katanya, sikap tikam belakang antara satu sama lain ini sudah lama wujud malah sememangnya mereka tidak pernah 'sebulu' dalam membuat sebarang keputusan.

"Jika mereka ditakdirkan menang, saya yakin kemelut perebutan jawatan ini akan kekal berterusan sehingga pemilihan mengisi jawatan dalam senarai kabinet pakatan pembangkang.

"Hal ini akan memberi kesan buruk terhadap negara kerana mereka lebih memberi mengutamakan siapa yang bakal negara dan bukan menyelesaikan masalah rakyat," katanya ketika menghubungi Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Pada masa sama, Nordin turut menyarankan kerajaan untuk mengkaji semula penggunaan nama 'Islam' dalam mana-mana parti politik kerana bimbang boleh merosakkan akidah orang Islam.

Sebagai contoh jelasnya, PAS dengan sewenang-wenangnya mempermainkan para pengikutnya dengan mengeluarkan pelbagai fatwa songsang demi untuk menghalalkan sebarang perkara yang dianggap betul oleh mereka menggunakan tiket Islam yang diperjuangkan selama ini.

"Pas merupakan punca perpecahan umat Islam dan bangsa Melayu kerana sewenang-wenangnya melemparkan pelbagai tuduhan tidak berasas terhadap UMNO menggunakan fatwa-fatwa songsang mereka," katanya.

Sumber : © Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment

Admin tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang diberikan... Harap komen yang diberikan tidak berbaur perkauman dan tidak berunsur lucah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...