Darahsatriadotcom

Followers

Saturday 25 May 2013

Anwar Benar-Benar Meyusahkan Rakyat!

Pilihan Raya Ke-13 (PRU-13) sudah selesai. Rakyat sudah memilih kerajaan pusat dan kerajaan negeri melalui peti undi. Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) telah berjaya menjalankan tanggungjawab seperti diamanahkan. SPR yang berpengalaman menguruskan pilihan raya wajar diberi pujian. Syabas SPR!

Namun demikian, terdapat pula pihak tertentu yang tidak berlapang dada menerima keputusan rakyat. Mereka mengadakan siri ceramah berbaur hasutan dan fitnah. Mereka cuba menghasut rakyat yang sepemikiran dengan mereka membuat huru-hara melalui pelbagai cara sangat kotor seperti menggulingkan kerajaan yang sah melalui apa yang mereka katakan Malaysia Spring.

Mereka mencipta pelbagai persepsi jahat terhadap SPR seperti SPR menipu. Persoalannya sekarang pihak siapa yang kuat menipu sebenarnya?

Tiada alasan SPR menipu. Ini kerana pada pengamatan saya, kebanyakan pengundi adalah berdaftar. SPR pula boleh dicabar di mahkamah jika menipu daftar pengundi. SPR pula dilihat bersikap terbuka seperti menerima sistem dakwat bagi elak undi dua kali. Siapa yang menipu sebenarnya?

Saya berpendapat, Datuk Seri Anwar Ibrahim wajar bersikap berlapang dada. Tidak membuat tohmahan melulu kepada SPR hanya kerana perkara remeh seperti dakwat hilang dan sebagainya. Hakikatnya, proses pengundian dan pengiraan undi berjalan lancar kerana wujud nama pengundi yang layak dilakukan secara telus, dipantau, dikawal oleh pasukan keselamatan 24 jam.

Pada pendapat saya, orang tidak gila (waras) akan menjadi gila (tidak waras) jika melayan dan mengikut sikap tidak berlapang dada beliau itu. Apakah rakyat Malaysia hendak menjadi gila (tidak waras) seperti membakar kelambu dan sebagainya?

Beliau sepatutnya menumpukan usaha membangunkan kawasan Parlimennya kerana ramai orang susah di sana seperti masalah parit, longkang, rumah mahal, orang kurang upaya dan sebagainya. Jika beliau ikhlas, utamakan bantu mereka dahulu.

Beliau patut melakukan kerja amal di kawasannya. Tetapi difahamkan sejak beliau menang, Permatang Pauh bagaikan anak ayam kehilangan ibunya!

Lebih-lebih lagi, beliau beragama Islam, patut tunjuk teladan yang baik. Saya nasihatkan beliau jangan ikut adat resam buruk pihak luar yang tidak sesuai dengan adat resam rakyat Malaysia.

Beliau bakal menjadi Ketua Pembangkang sekali lagi nampaknya di Parlimen. Maka berbahaslah dalam Parlimen dengan matang. Demonstrasi bukan ajaran Islam. Ia adalah doktrin yang dicetuskan oleh puak yang anti Islam iaitu Musailamah al Kazzab.

Sumber : © Utusan Melayu (M) Bhd 

1 comment:

  1. Apabila dajal ini lenyap maka akan sentosa rakyat..

    ReplyDelete

Admin tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang diberikan... Harap komen yang diberikan tidak berbaur perkauman dan tidak berunsur lucah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...