Darahsatriadotcom

Followers

Monday 20 May 2013

Anwar Ibrahim Layak Dilucutkan Kerakyatan...

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim layak dilucutkan kerakyatan dan diusir dari negara ini kerana tindakannya yang sering mendatangkan kemudaratan kepada rakyat dan negara.

Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee memberitahu, petualang dan pengkhianat negara seperti Anwar tidak sepatutnya dibiarkan terus berada di negara ini sebaliknya tindakan tegas perlu dilakukan.

Jelasnya, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) termasuk beberapa pemimpin pembangkang seharusnya ditahan kerana jelas terbukti melakukan perbuatan khianat dan menghasut rakyat.

“Tindakan Anwar bersama pengikutnya yang sering menganjurkan perhimpunan haram sehingga mengganggu kestabilan dan keharmonian negara sudah keterlaluan.

“Kerana kegilaannya untuk menjadi Perdana Menteri, beliau sanggup mengkucar-kacirkan negara tanpa memikirkan keselamatan rakyat," katanya di sini hari ini.

Beliau mengulas dakwaan bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim mengenai pembangkang yang sudah lama merancang konspirasi menggulingkan kerajaan melalui demonstrasi jalanan dan rusuhan sekiranya mereka kalah dalam Pilihan Raya Umum Ke-13.

Tambah Syed Ali, seluruh rakyat yang mempunyai rasa tanggungjawab terhadap negara perlu bangkit menentang mana-mana petualang dan pengkhianat negara seperti Anwar.

No comments:

Post a Comment

Admin tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang diberikan... Harap komen yang diberikan tidak berbaur perkauman dan tidak berunsur lucah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...