Sehubungan dengan itu Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hasan Malek menggesa orang ramai agar tidak mempercayai khabar angin tersebut dan pada masa sama akan bertindak terhadap peniaga yang menaikkan harga barang.
"Penyokong pembangkang menyebarkan benda yang tidak betul, tiada barangan kawalan yang naik harga, malah subsidi yang sedia ada terus kekal.
"Jangan sebarkan khabar angin, kita perlu mengutamakan kepentingan negara tetapi jika ada peniaga yang benar-benar sengaja naikkan harga, saya akan turun ke bawah untuk ambil tindakan," katanya pada sidang akhbar selepas majlis perasmian Ekspo Beli Barangan Malaysia 2013 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini hari ini.
No comments:
Post a Comment
Admin tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang diberikan... Harap komen yang diberikan tidak berbaur perkauman dan tidak berunsur lucah...