Lebih 200 wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO)
mendesak pihak berkuasa menghalang siri perhimpunan haram pembangkang
bagi membantah keputusan pilihan raya umum lalu yang dirancang diadakan
di negeri itu.
Malah, mereka turut menggesa Kementerian Dalam Negeri tidak lagi
bertolak ansur dengan sikap pembangkang yang mencabar dan mengetepikan
undang-undang kerana dibimbangi akan mencetuskan huru-hara.
Kumpulan NGO itu termasuk Pasukan Tindakan Cemas Malaysia (PTCM)
cawangan Terengganu, Majlis Belia Felda Malaysia Wilayah Terengganu
(MBFMWT), Pertubuhan Belia 4B Terengganu serta beberapa pertubuhan belia
lain.
Mereka berhimpun selama hampir sejam bermula kira-kira pukul 3.30
petang di Jalan Kampung Daik berhampiran Pasar Besar Kedai Payang, di
sini hari ini untuk membantah hasrat pembangkang itu sambil membawa
poster 'Kami Bersama PM', 'Halau Pengkhianat Negara' dan 'Kami membantah
Black Out 505' .
Ketua Pegawai PTCM cawangan Terengganu, Mohd. Bali Muda berkata,
pembangkang cuba mengganggu keamanan dan keharmonian dalam kalangan
rakyat negeri itu selepas merancang mengadakan demonstrasi di Kuala
Ibai, dekat sini Khamis ini.
Sehubungan itu, kata beliau, pihaknya mahu pasukan keselamatan
mengambil langkah drastik dengan bertindak tegas ke atas mereka yang
terlibat menggerakkan perhimpunan haram itu terutama Ketua Pembangkang,
Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Kami desak Anwar dan pengikutnya dikenakan tindakan segera, jangan buang masa lagi.
"Anwar dan pengikutnya sepatutnya akur dengan keputusan pilihan raya
umum lalu. Kenapa terus mempersoalkannya sedangkan di negeri yang
dikuasai pembangkang seperti Kelantan dan Selangor, mereka sudah
mengangkat sumpah jawatan masing-masing, maknanya mereka terima
keputusan itu," katanya ketika ditemui pemberita selepas perhimpunan
tersebut.
Perhimpunan itu turut disertai Bendahari Pertubuhan Belia 4B
Terengganu, Apli Yusoff, Exco MBFMWT, Mohd. Laisani Dollah serta
Timbalan Ketua Turus PTCM Terengganu, Sanek Awing.
Menurut Mohd. Bali, mereka tetap membantah perhimpunan itu bagi
mengelak sebarang kejadian tidak diingini selain terbukti menyusahkan
orang ramai.
No comments:
Post a Comment
Admin tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang diberikan... Harap komen yang diberikan tidak berbaur perkauman dan tidak berunsur lucah...