"Karpal Singh sebagai seorang peguam dan anggota parlimen patut faham mengenai perlembagaan negara, beliau harus tengok apa yang dikatakan oleh perlembagaan, jangan buat kenyataan yang mengelirukan rakyat.
"Saya nasihatkan semua pihak fahamilah perlembagaan itu, ia telah diterima pakai sejak kita merdeka lagi dan yang membuat negara berjaya dan aman sehingga ke hari ini," katanya selepas mengangkat sumpah sebagai Yang Dipertua Dewan Negara bagi penggal kedua di Parlimen di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas cadangan Karpal baru-baru ini supaya Perlembagaan Persekutuan dipinda bagi memansuhkan Dewan Negara kerana kewujudan institusi itu tidak memberi makna secara menyeluruh serta hanya membazir.
No comments:
Post a Comment
Admin tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang diberikan... Harap komen yang diberikan tidak berbaur perkauman dan tidak berunsur lucah...