Darahsatriadotcom

Followers

Thursday 30 May 2013

Nurul Izzah Bakal Ditahan?

Bekas Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin membuat laporan polis terhadap Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar berhubung dakwaan 'jahat' yang dibuat sehari sebelum hari mengundi.

Katanya, laporan tersebut berkenaan tuduhan berkaitan urus niaga pembelian 12 ekar tanah bernilai tinggi di Bukit Kiara.

"Saya serahkan perkara ini kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan. Tindakan ini diambil apabila melihat terdapat elemen salah laku yang dibuat oleh pihak berkenaan," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan di Balai Polis Jalan Pantai Baharu hari ini.


Yang turut hadir, peguamnya, Shahir Ab. Razak daripada Tetuan Raja Riza & Associates dan Setiausaha UMNO Bahagian Lembah Pantai, Datuk Mohamad Sazali Kamilan.

Pada 4 Mei lalu, dalam sidang akhbar Nurul Izzah menuduh Raja Nong Chik terlibat dengan urusan pindah milik tanah 12 ekar milik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di Bukit Kiara yang telah diberikan kepada Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP).

Nurul Izzah turut mendakwa, YWP memberi tanah tersebut kepada sebuah syarikat swasta, Kiara Mas Sdn. Bhd. yang ia akan dijual kepada sebuah entiti swasta selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) dengan jumlah sebanyak RM475 juta.

Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu mengaitkan isu tersebut dengan kes Mahkamah Tinggi yang telah memutuskan Berjaya Corporation Bhd. (Berjaya Corp.) memberikan 12 daripada 62 ekar tanah kepada DBKL.

Sebelum ini, Raja Nong Chik menjelaskan bahawa isu pemilikan tanah yang dinyatakan oleh Nurul Izzah adalah melibatkan dua tanah berbeza yang diberikan kerajaan kepada DBKL dan YWP.

Tambah Raja Nong Chik, beliau turut mempertimbangkan isu itu untuk dibawa ke mahkamah bagi tindakan sivil.

Sementara itu, Mohamad Sazali yang hadir bersama juga membuat laporan polis terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang dilihat double standard apabila tindakan tidak berpandukan akta dan peraturan pilihan raya yang banyak dibuat pihak PKR tidak diambil peduli.

"Kita telah membuat aduan kepada SPR pada hari berkenaan namun tiada apa-apa tindakan dan harap pihak berkuasa dapat menyiasat lebih lanjut," ujarnya.

No comments:

Post a Comment

Admin tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang diberikan... Harap komen yang diberikan tidak berbaur perkauman dan tidak berunsur lucah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...