Darahsatriadotcom

Followers

Friday, 3 May 2013

PAS Semakin Tertekan!

Umat Islam terutama di Kedah dinasihatkan memilih Umno dan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) bagi menyelamatkan agama Islam di negara ini, menurut seorang pengasas pondok di daerah Padang Terap.

Pengasas Pondok Ahmadiah Padang Nyior, Ahmad Muhamad Nor, 86, yang sebelum ini tidak berpihak kepada mana-mana parti politik berkata berbeza dengan dakwaan beberapa pemimpin parti PAS, pemimpin BN yang beragama Islam sejak dulu turut sama memperjuangkan dan menegakkan Islam di negara ini. 



Sebaliknya, beliau berkata pemimpin PAS hari ini tidak serius memperjuangkan agama.

"(Saya) tak setuju dengan depa(orang PAS). Kita takut pecah belah orang Islam. Pilih BN lah sebab dari mula dulu tak jadi masalah apa," katanya ketika ditemui selepas beliau berjumpa dengan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada program Himpunan Rakyat Padang Terap Bersama Calon Barisan Nasional di sini hari ini.

Ahmad sebelum itu diminta mengulas mengenai kegagalan PAS mempertahankan isu kalimah Allah serta kecelaruan parti itu dalam memperjuangkan hukum hudud yang ditentang oleh sekutu dalam pakatan pembangkang iaitu DAP dan PKR.


Sumber : BERNAMA

No comments:

Post a Comment

Admin tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang diberikan... Harap komen yang diberikan tidak berbaur perkauman dan tidak berunsur lucah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...